BEN ASHAARI

Thursday, February 21, 2013

STRAWBERRY BUTTERMILK CAKE..

rsz_buttermilk_strawberry_cake

Petang semua, assalammualaikum. Petang ni cm baking pulak, sebab utamanya nak habiskan buttermilk belen cm buat pancake tu hari. Tapi masih ada berbaki dalam 1 cawan lagi tu, tengok lah nanti2 cm kasi buat benda lain pulak. Resipi hari ini cm ambil dari sini. Resipi asal guna raspberry, tapi cm cuma ada strawberry. Kat Malaysia ni Raspberry mahal gilerrr, tu hari cm beli 1 kotak tu tak sampai 200 gram kot dalam RM 17, lepas selang beberapa hari, masa nak tahun baru cina, dia up harga jadi RM 20!!. bertambah mahal!....tengok harga je boleh kecut telo memasing, dah lah buah tu bukan sedap mana, harap lawa je walaupun mengerutu. Bahanakan ia nampak comel bila dihias atas kek, fruit tat atau pun pavlova, maka yang berkehendak membeli lah juga. Tapi kalau mereka yang berkemampuan tak jadi hal, ni cm cerita bagi pihak cm yang biasa2 ni, no money punya olang...

rsz_buttermilk_strawberry_cake1

Kek ini memang tak jadi berapa tinggi sangat, tapi anda boleh bakar dalam tin lebih kecil untuk mendapat kek yang lebih tinggi. Cm guna tin bulat 8 inci. Kalau nak guna loaf tin juga boleh. Rasa keknya sedap dan boleh dikatakan tidak muak, nak2 bila ada stoberi. Rasa masam2 bergabung dengan rasa mentega cukup sedap. Buttermilk juga membuatkan kek lebih lembap dan berperisa. Cm dah kurangkan sukatan gula kepada 1/2 cawan (kalau resipi asal 2/3 cawan). Kata teman2 blog masakan yang berada diluar negara, gula di Malaysia ni manis, tak sama macam gula di tempat mereka. Patutlah kalau kita ikut sukatan gula yang tertera dalam buku2 masakan oreng puteh, kek akan jadi manis maut...takuttnyaaa!!....Jadi anda boleh kurangkan sukatan gula. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
125 gram mentega
1 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan buttermilk
1 cawan buah strawberry segar
1 camca besar gula kastor, untuk hiasan
Sedikit gula aising

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Strawberry dilap dengan tissue yang telah dibasahkan, kemudian dipotong kasar. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan buttermilk, hingga habis, kacau hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin dan ratakan. Letak strawberry yang dipotong kiub tadi atasnya, kemudian taburkan gula kastor rata2 atasnya. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising sebelum dihidangkan..

10 comments:

mommynana said...

Aih...meleleh air lior teman...

Anna Qawina said...

Aslmkm CM..dtg save rsp..teringin nk mkn buttercake..ada kudrat blh buat..tq

Qashmere said...

Sedap ni..nyum2

Putera Dunia said...

Terliur...

Fiza Jaafar said...

sedapnyee..!!!

Norasiah Nasir said...

alahai..kalaulah..berjiran dgn cm ni...kenyang perut..



psst : dah beli majalah rasa..sbb nak tahu apa pesona mat gebu..heheee

IBU GEBU said...

buttermilk biasa buat RVC je, ternyata boleh dipelbagaikan lagi

confirm harum bau kek ni kan che mat, tambah berseri dgn kehadiran strawberry

*menggertutu... eh silap, menggerutu aka kertu :)

Sueozana said...

Hmm sedapnya, mendung2 gini pkena kek strawberry dg teh strawberry gak, panas2.

Sueozana said...
This comment has been removed by the author.
tuppyforever said...

CM....che buat x jadi..agak2 kat mane silapnye eh...bahan2 yg dipukul terlalu kejap ke...sy da try pizza n roti CM mnjadi siap org nk order lg..tp tang kek....xjadi...frust!! :'(

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.