Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni cm masak yang betul2 ringkas tapi berkhasiat. Kalau tempoh hari cm buat nasi kerabu, kali ni buat nasi ulam pulak. Tak sama ke nasi kerabu dengan nasi ulam?..Nampak macam sama tapi banyak kelainannya, cuma bahan2 ulam tu kurang lebih sama. Cuma nasi ulam tak semeriah nasi kerabu. Cm guna apa sahaja ulam yang ada, dan nasi ulam dimakan bersama telur rebus, tapi cm makan dengan telur pindang, yang cm dapat dalam berkat majlis perkahwinan anak sepupu cm tempoh hari. Nasi ulam ini bagus juga untuk membuang angin dalam badan kerana mengandungi hirisan halus halia dan lada hitam. Bagi mereka yang kurang sehat, cm sarankan cuba makan nasi ulam untuk menghangatkan badan anda...Resipi amat2 mudah, dan yang cm buat ini hidangan untuk 2 - 3 orang.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram nasi yang dikareh dan sejukkan
2 ekor ikan kembong, bakar dan ambik isinya, tumbuk halus
1 inci ikan kurau masin, rendam 20 minit, goreng dan tumbuk hingga gebu
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca besar kerisik
1 camca besar bawang goreng, diramas
3 biji telur rebus, belah 4 setiap 1
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN ULAM DI HIRIS HALUS :-)
6 helai pucuk mengkudu
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 genggam daun kesom
1 genggam pegaga
1 genggam daun selom
1 genggam ulam raja
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, ambil bahagian putihnya
5 biji bawang merah
1 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam satu bekas, masukkan bahan2 ulam yang dihiris halus, tambah isi ikan kembong dan isi ikan kurau masin yang telah ditumbuk halus. Masukkan bawang goreng dan lada hitam Gaul rata.
- Masukkan nasi, kerisik dan sedikit garam. Gaul hingga semua rata dan mesra. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Gaul rata dan hidangkan bersama telur rebus. Selamat menjamu selera!!...
12 Comments
ya Allah PCM, awin dh lama ngidam nk makan nasi ni... bru td gtau mama ngidam nk makan nasi ni...huwaaaa... dapnye
ReplyDeletenasi ulam enak dimakan bersama dgn sayur keladi.. kalau di utara byk dijual terutama ketika bulan ramadhan..
ReplyDeletesubahannallah!!!! sedapnya ;D terima kasih CM, TERBAEK!!!
ReplyDeleteAduh mak aii!! lapaaaar....
ReplyDeleteSalam CMG..terliur pulak tengok telur pindang tu..lama dah tak makan..
ReplyDeletememang nampak sangat menyegarkan..sedapnya
ReplyDeletesedapnya!!!!...mana nak cari bahan ni!!! waaa...
ReplyDeletecopy resepi!sedap giler nampak kat sini...tak leh jadi..fevret!fevret!hehe
ReplyDeleteCM, kareh tu apa? telur pindang tu menyelerakan....
ReplyDeleteVery sedap....
ReplyDeletelahhh.. senang je rupanya buat nasi ulam nih.. main gaul2 mcm tuh je ke? lagi senang dari nasi goreng nih...
ReplyDeletedah lama tak pekena nasik ulam nih
ReplyDelete