BEN ASHAARI

Tuesday, February 26, 2013

MI HOON SUP UTARA VERSI MAT GEBU..

rsz_mi_sup_utara

Salam semua, pernah makan mi hoon sup utara?.. Utara ni belah2 Kedah dan Perlis rasanya, bukan makan mi hoon sambil ngadam ke kutub utara. Tak plan nak buat, tapi saja lah suka2 sebab cm bosan dan rasa boring sangat. Cuma yang cm buat ni tak ori macam resipi asal. Tapi masih ada identiti mi hoon sup utara terutama mi hoonnya yang bewarna kuning. Mi hoon kuning tu hanya kerabat2 di raja saja yang boleh makan, nak dapat pun susah....erkk. caya ke?.. Hahah, cm tipu jee lahh! Kaler kuning tu ialah mi hoon yang direndam dengan serbuk kunyit. Kalau lebih banyak serbuk kunyit anda letak, lagi kuning jadinya. Kalau nak rasa lebih 'gila-gila'..apa kata rendam dengan kaler biru pulak, guna bunga telang...mesti tak berani kan?.. Ok takpe, nanti lah cm buat...tunggu jee lahhh...

MI SUP UTARA1

Resipi asal cm dapat dari buku masakan Kak Hanieliza yang comey itu. ehem..Buku Senangnya Memasak siri Mi, Mihun dan Kuetiau. Pada cm buku2 masakan antara bahan yang paling mudah anda gunakan sebagai rujukan, walaupun zaman sekarang ada internet dan boleh diakses dimana2 termasuk melalui telefon pintar. Tapi buku tetap menjadi pilihan. Mi hoon sup utara selalunya gunakan daging dan tulang lembu, ada juga yang campur sekali dengan limpa babat dan sebagainya, tapi ini hak individu nak letak apa. Macam cm guna ayam, sebab ada yang tak boleh makan daging. Dari segi rasa semestinya lain, ayam dan daging, anda sendiri pun pandai kan beza rasanya. Namun begitu ia tetap sedap dan masih boleh diberi pujian, kalau tak percaya boleh cuba sendiri ibarat entri yang ini, perlu ada keyakinan kalau nak lihat hasilnya.... Selamat mencuba!..

BAHAN-BAHAN SUP :-)
1/2 ekor ayam, potong kecil
1 sup bunjut Adabi
6 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci kunyit hidup, diketuk (optional)
1 inci halia, hiris dan ketuk2 sedikit
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
1 kiub ayam (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi hoon secukupnya, diredam dengan serbuk kunyit selama 1 jam
Taugeh, buang ekor dan cuci
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (*) dan hirisan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia hingga harum. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayan kecut. Tuang air secukupnya.
  2. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam. Kacau perlahan dan masak hingga ayam empuk. Tambah garam dan lada hitam tumbuk, kacau rata dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Rebus mi hoon tadi hingga lembut, toskan. Masukkan secukupnya mi hoon dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup ayam bersama2 isinya. Tabur hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng, taugeh dan hidangkan bersama sambal kicap dan belahan limau kasturi. Sedap dimakan panas..

16 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Cik Mat. Mi hun sup utara kena makan ngan cabai merah, baru betul, hehehe.

p/s Abang kak Sari orang utara...

Mat Gebu said...

@ SKTJ - Kak, ni apa yang ada jee lahh...eh cabai merah tu jadikan sambal dia eks?.

may agumo said...

salam kenal che mat..
sedapnya kalau mkn mee hoon sup time hujan2 ni.. yummy..

Farah Latef said...

sejak pindah dr utara jarang nak menikmati bihn sup sbb sebelah perak x de bihun kuning..hehehe

Kesuma Angsana said...

sedap tu, set pinggan mangkuk CMG ni KA pun masih simpan lagi hehehe

aDisH.sHidA said...

salam cmg..kalau bihun sup utara memang bihun nya kuning..pastu makan dengan sambal cili merah..bahan2 atas nya ada tauhu grg, lobak masin, bawnag grg, daun bawang...hehehe

Azatie said...

Salam MG..sedapnya mkn mihoon sup petang2 camni...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

cik mat kalau kita bihun sup utara tak makan dengan taugeh.. hahahaha. terkenang bihun sup ayam arwah ayah buat. Paling sedap yang pernah saya makan seumur hidup.. tiap kali raya mesti ayah buat & sedara mara memang suka bertandang kdg2 semata2 nak makan bihun sup jer.. Bila dh biasa makan bihun sup utara warna kuning pernah juga pelik kenapa bihun sup org kl putih... hahahaha

diana said...

kegemaran suami saya nih.>:)

azlia said...

geram tgk toge tu! pastu letak tahu! letak kicap cili tu! makan lak panas2...fuhh! baru betoi..mak mertua lalu x perasan eh!

afrah hana said...

Nti mesti nak try! ;)

Im selling tdg bawal, kain ela, batik sutera, ronasutra, shaklee and many more. Follow and like me on my

Fb page & profile: Mue Mue Closet
Instagram: @muemuecloset

Nurulhuda Hayati Ibrahim said...

Assalam. Bihun sup utara versi Kedah guna sambal merah. Bukan dibuat dari cili merah tetapi cili serbuk yg dimasak secara slow cooking hingga pekat. Tq

Nurulhuda Hayati Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
gadisBunga™ said...

mihun sup utara mi nya wajib kaler kuning. hihihi~

Delima Zamrud said...

Isk isk isk terliur sudah tgk meehon sup utara nie lapo terus :)..

radz kaber said...

ish ish terliur sudah Nampak mee hoon sup nie.. dah la tgh sejuk hujan... sedap dapat makan ni... nak cuba la! tq for the receipi.

www.mnmforlife.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.