BEN ASHAARI

Wednesday, February 20, 2013

LEMAK NANGKA LADA HITAM

rsz_lemak_nangka_lada_hitam
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni cm masak awal, dan pagi2 lagi atas permintaan cm masak nangka muda masak lemak putih campur lada hitam. Kata orang nangka sayur/buah yang berangin, jadi kena campur lada hitam untuk mengimbangkannya. Semalam masa belanja cm beli nangka muda yang telah siap disiang. Perancangan asal nak masak kari sama ayam, sekali tengok ayam sudah dijadikan sup, nak masak sama daging nanti ada yang tak boleh makan. Jadi kata putus dari perbincangan meja bulat, masak lemak putih. Dan hasilnya seperti anda lihat. Masakan mudah dan tak banyak karenah. Cm guna udang kering sebagai rencahnya. Kalau anda nak guna ikan bilis juga boleh. Satu lagi, kalau suka nak nampak kuah dia kuning, boleh tambah sedikit serbuk kunyit. Bila masak resipi macam ni, jangan lupa sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram nangka muda yang telah dibersihkan dan potong kiub
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis (optional)
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sekejap nangka muda, tos dan masukkan ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering, serai dan santan cair. Kacau rata dan jika perlu tambah sedikit air lagi. Masak hingga mendidih.
  2. Bila nangka lembut, masukkan pati santan, kiub ikan bilis (jika guna), lada hitam dan daun kunyit. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...


7 comments:

HUZAIFA said...

pertama kali saya tengok masak lemak nangka cam ni, sebenaqnya saya ni bukannya suka sangat makan nangka yg dh digulai ni tapi bila tengok masak lemak nangka lada hitam CMG ni rasa cam sedap la pulak dan nak buatnya pun cam senang saja. bila2 bila2 boleh try ni.

Rozita said...

sedapnya... boleh ratah camtu je...

Kakzakie said...

Kakak boleh katakan selalu beli sayur nangka di pasar malam. Tapi tak tahulah dia buat macam mana. Kakak suka dan nasib baik kakak tak alahan. Kalau dapat CM punya lagi best ni...

❤Kamsiah❤ said...

biasa masak mcm ni tp kuah kuning...tak bubuh lada hitam tp bubuh halia utk membuang angin..

tenku butang said...

mak aii.. sedapnya.. dh lama x mkn gulai lemak nangka

tenku butang said...

done follow.. sudi2 jengah n follow lik.. =)

http://tengkubutang.blogspot.com/

http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

MamaFaMi said...

Nak cari nangkaaaaa....
Nak cari nangkaaaaa...

Mat, pinjam batu tumbuk, boleh? AHAHAHAHAHAHAHAHAHA....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.