BEN ASHAARI

Tuesday, January 8, 2013

KARI IKAN MAYONG..

rsz_kari_ikan_duri
Ingat tak entri asam pedas ikan duri yang ini, masih ada baki lagi ikan tu, jadi mat masak kari. Kari ikan yang mudah saja. Guna santan pun sikit dalam 1/4 cawan santan pekat (guna santan kotak, kes malas nak kupas kelapa..grrrrrr). Ikan dalam 4 keping dan mat campur terung dan tomato sebagai bahan pendamping, macam ceriat seram pulak bila guna 'pendamping' tu. Satu kelebihan masakan kari, ialah, ia tidak membazir dan boleh dimakan hingga ke titisan terakhir, asal jangan basi udah lah yea, kang lain pulak jadinya. Boleh dimakan dengan nasi, dah semestinya. Cicah roti, lempeng, roti jala, roti prata, waimah apam pun boleh...yang ni mat selalu buat, kalau rasa jemu makan dengan kelapa, cicah je kuah kari, takde sapa nak marah. Selain ikan duri, nak guna apa2 ikan pilihan anda juga boleh, tapi kalau dapat biarlah jenis banyak isi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan mayong @ ikan duri bersaiz besar
1 biji terung biru
1 biji tomato
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 keping asam gelugor
3 camca besar rempah kari ikan
2 camca besar cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
1/4 cawan pati santan
1 camca teh minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang puith, hiris
2 tangkai daun kari, dilurutkan
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan mayong diperap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 4 dan kerat 2 setiap belahan, rendam. Tomatu dibelah 6. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biar cair. Masuk bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah kari +bahan kisar halus tadi. Masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (kalau guna) dan asam gelugor, biar masak sekejap, tambah terung dan masukkan pati santan, kacau perlahan. biar mendidih.
  4. Akhir sekali tambah tomato, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..


4 comments:

Delima Zamrud said...

Fuhhh baru je 2 hari lepas buat kari kepala ikan salmon mmg best arr cicah ngan roti jala :)..

shazrina said...

sedapnye kari ikan mayong ...kalo mak kite, die selalu asam pedas kan aje ikan mayong tu :D ..

Raudzah Zahari said...

walaupun tak pernah makan ikan mayong ni..pasti rasanya sedapkan..and of course asam pedas ni memang yummy!!!

Shiela said...

pergghh.. ni mmg peberet habis.. mmg isap sampai ke tulang punya.. :b

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.