BEN ASHAARI

Sunday, January 6, 2013

AYAM PANGGANG 'MADU' ....MADU?....EHEM...

rsz_ayam_panggang_madu1
Salam, kalau tadi resipi pilaf yogurt ketumbar, kali ni mat share pulak ayam panggang madu yang begitu mudah dibuat dan seperti biasa mat bakar guna kuali ajab. Tapi boleh saja nak bakar dalam oven atau atas bara api. Ayam tu nampak kilat kan, mat campur madu dengan kicap pekat dan lebih bahan perap yang telah dipanaskan hingga pekat. Kemudian sapu atas ayam setiap kali selepas diterbalikkan. Selain tu ayam panggang 'madu' ni, nak makan bersama nasi ayam pun sedap. Dimakan begitu sahaja ala2 kucing pun boleh tak salah. Errr ada yang seriau ke bila sebut 'madu'?....Releks...lelaki ni kalau anda 'ikat' anda kurung, kalau mereka nak buat hal, mereka tetap akan buat juga, berdoa sajalah agar semuanya selamat, ....Apa2 pun masaklah ayam madu untuk menambah kemanisan dalam kehidupan keluarga anda...Jommm resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping peha ayam bersaiz besar
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna kuali ajaib dan lebihan bahan perap yang mat panaskan hingga pekat, dan tambah sedikit madu. Kacau rata dan guna untuk menyapu pada permukaan ayam. Lumur juga sedikit mentega atau marjerin pada ayam sebelum dibakar..


25 comments:

Lulu Caldina said...

mmg kilat... sedap..

hana said...

wah matt... ko blom tawen ko dah ada niat nak pasang byk eh??.. haru la haruu... wakakakakaka... aku masih tak gheti ejas masa guna pemanggang ajaib tuh... aritu daging aku rentung jd arang!! kakakakakaa

Yazreina said...

Che matt.. Mana nk beli kuali ajaib nie??

Mas said...

wahhhh...cantikknya ayam tu...
berkilat..

kuali ajaib tu memang bestkan che mat...
bakar ikan, ayam..cantikkk jerk garingnya...

adza irdawati said...

perghhh terus rasa lapar memalam ni nengokkan ayam yg berkilat2 tu hehehe

Emma Marinie said...

baru tau cam ni rupanya cara masaknya......harus dicuba......

cikja said...

Thnks mat share:-)akak pun guna pmanggang ajaib ni:-)senang..bkar aym,ikan,buat kek ,kuih bkar pun senang...saper yg tk ade bole cari kat menang glassware,giacomo..bnyk brnd la ni:-)

Kakzakie said...

Lain kali kalau kakak buat nak cuba cara inilah... Tunggu anak-anak kakak baliklah...

Ummi Syafiq said...

salam CM..pergh warna dia.menawan dan menggoda. berkilat2...wahh dgn kuali ajaib pun blh ye? saya nk buatla..nk pki dada ayam yg dah menimbun tu.adoiii sape nak mkn dada ayam meh sini.kita bakar dan mkn berjemaah

P.A. said...

mmgg bestttt color ayam panggang niiiieee...nyummmmm,...

Yanna_Lie said...

berkilat nau... cnteekkk.... x sbr nk cuba arinih... :)

Bro Framestone said...

Menarik resepi nie mat..

Tuan Juhaida said...

Salam kenal mat.wah mmg best dan menyelerskan tgk pic ayam panggang madu ni.nak cuba buat utk menu buka puasa today.tq.selamat berpuasa.jom singgah blog saya
Sweetamieda.blogspot.com

FLORENCE MARIANAH said...

Mohon d copy resepinya,nak cuba terima kasih tuan punya resepi.....

nana husna said...

Sy de jual

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

MaNMaN169 said...

brilliant..nice recipe..wanna try this

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.