LABU MASAK LEMAK DENGAN PUCUK PAKU MERAH

rsz_labu_masak_lemak_pucuk_paku
Assalammualaikum, salam Isnin, sehat ke?. Hari ni untuk entri pertama mat letak satu masakan tradisi, labu masak lemak dengan pucuk paku merah...phewww...panjang gileerr nama dia, kalau nama anak, mesti tak cukup ruang nak tulis. Sebenarnya pucuk paku ni kami petik tu hari, ala banyak tumbuk kat tepi jalan, tapi tengok tempat juga. Selalunya kawasan yang tanahnya jenis tanah gambut, baru pucuk paku merah tumbuh dengan meriah. Kalau jual sikit je RM 1, tapi kalau petik sendiri, lantak lah situ nak ambik banyak mana sekali pun. Pada mat walaupun benda percuma, boleh ambik ikut suka  hati, tapi eloklah berpada2, jangan ikut perasaan tamak haloba. Apa kata orang, tinggalkan untuk orang belakang pulak macam kes ini. Seperti biasa, masakan macam ni, kena ada sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin...dan nasi panas juga. Satu lagi, kalau payah nak dapat pucuk paku merah, anda boleh saja guna pucuk paku perak....Serba ringkas, mat tuliskan resipi seperti di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, disiang, cuci dan toskan
1/2 biji labu manis, kupas kulit, potong kiub, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu, serai titik, hirisan bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk. Tuang santan cair, masukkan udang kering tumbuk, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masak hingga labu lembut sedikit. 
  2. Masukkan pucuk paku, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan lada hitam, kacau dan masak sekejap hingga labu lembut. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin.

Post a Comment

5 Comments

  1. adehhh.. cemanalah Kak Sari boleh baca tajuk 'Labu Masak Merah dengan Pucuk Paku masak lemak' hehe..

    sambal belacan ada tak??

    ReplyDelete
  2. @ SKTJ - hahahah.....bahaya ni kak, ke blog saya ada unsur2 'makhluk halus'...eks.... (^___^)

    ReplyDelete
  3. Cik mat..pucuk paku merah ni mcm mana.yg kat kedai tu hijau..xpenah tgk yg warna merah

    ReplyDelete
  4. cik mat, kalau sehari tak tulis entry lauk sedap takleh ek? tulis la entry telur goreng mata lembu je ke...hish saje tau... berbunyi terus perut ni tau... aduhai..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Mat... Memang teringing... Tapi angin nie, kena pantang :( (baru sihat dari migraine)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.