BEN ASHAARI

Wednesday, December 26, 2012

SAMBAL HIJAU IKAN BILIS TAMBAN

rsz_sambal_hijau_pedas
Salam semua, entri pertama hari ni mat mulakan dengan satu resipi mudah namun sangat sedap bila dimakan bersama nasi hangat yang dimasak lembut dan ikan masin atau ikan goreng. Sambal hijau ikan bilis tamban ini asalnya sambal padang, tapi mat masak kali ni ikut citarasa sendiri. Pada mat resipi asal sebagai panduan, selebihnya ikut citarasa kita dan ahli keluarga yang lain. Selera orang tak sama dengan selera kita. Contoh macam sambal hijau ni, mat tambah belacan dan mat tak letak tomato, ikan bilis mat ganti dengan ikan bilis tamban. Masa mat masak kali pertama dulu, Bak dia tak berapa nak suka sangat, ok takpe meh sini che mat oter kasi buat ikut style aku pulak dan alhamdulillah, jadi sedap pulak...errk, masuk bakul angkat sendiri?...haha, biarlah...puji masakan sendiri tak mengapa, dari orang lain puji tapi kat belakang, kutuk sikit punya baik....Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-7 biji cili hijau, potong kecil
1/2 cawan cili padi hijau
1/2 inci belacan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
1 camca teh pes pekat asam jawa
1 genggam ikan bilis tamban, dibersihkan dan direndam
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras dan belacan hingga lumat. Masukkan cili padi dan cili hijau, kemudian kisar tapi jangan sampai halus sangat, kasi dia lumat saja. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis no.1 tadi dengan api kecil, kacau sentiasa hingga terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan ikan bilis tamban (toskan), gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

13 comments:

krole said...

thanks mat for the resepi...nak cuba tp kat dapur tak ada belacan lak adus~

ibh_sue said...

Tak dapat..datang jamu mata dah la. Hadoiii..memang paberet nih. Pedas sampai leleh air mata pun tak kisah.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cik Mat, telur dadar tolong gorengkan sekali ya, hehehehe...

Amie said...

Cukup melelehkan liur.... nak telur goreng dadar cam Seri jugak!

MamaFaMi said...

Hai la Mat oi... tadi perut ni dia nyanyi keroncong lemah gemalai je. Tapi bila nampak sambal ko ni, dia terus tukar rentak... rock and roll koooo!!!

Delima Zamrud said...

Adehhhhh kecur air liur tgk pic nie aduhhhhh masak telur goreng maan ngan nasik panas2 wahhhhh heaven sungguh lerr :D..

Emma Marinie said...

NAmpak sangat istimewa

Kjee said...

Che Mat, baca jer dah kecur...itu blum pun makan lagi kan..kan..kann

epy comel said...

tq CMG for d resipi.nti nk try buat.dlu masa blajar, roomate dr johor slalu bawak.mkn dgn nasi panas2.memg best..

Syue Mustafa said...

Sedapnya...

faa.rosli said...

perghhhh..sempoi punya lauk but mabelless!

gadisBunga™ said...

mau bertambah nasik che mat!

wawalofa said...

Cedapnye cmg ,nak pulak ari ujan2 bnjir kat tmpt saya ni! Patot cmg fokus dkt lg / ltk gambor 1 atau 2 lg jarak dkt, tambah malatoppppss...bkn pe blog cmg ni tmpt saya jamu mata time laparr, boleh kenyang wooo....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.