BEN ASHAARI

Wednesday, December 12, 2012

PENGARUH IKLAN TV, AKU PUN TERIKUT-IKUT..

rsz_megi_kari_keranga
Petang semua, grrrr...sebabkan akelan (iklan) kat tv sekarang ni yang sikit2 tunjuk maggi kari yang dipelbagaikan cara memasaknya, errr sebenarnya memasak guna kaedah yang sama cuma bahan2 tambahan saja yang berbeza, sampai mat jadi terliur pulak. Tapi kan kalau anda perasan, mat awal2 dah mulakan mempelbagaikan gaya masak mi maggi, betul tak?. Sebelum mereka sibuk2 buat promo macam2 kat TV tu...Kiranya mereka ikut style che mat gebu lah kan...haaa sapa nak jawab tu? Kali ni mat buat agak tergesa2. Apa bahan2 yang ada, mat masukkan. Rupa pun tak berapa menawan sangat tapi rasa sedap..Mat letak sedikit santan. Selalunya mat akan tumis sikit, tapi kali ni semua main rebus. Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perisa kari, asingkan perencahnya
1 biji telur
3 camca besar santan pekat
1 batang leek, kerat dan rendam
1 genggam isi kerang
2 keping tauhu pok, kerat 2 setiap 1
Air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan)
Sedikit serbuk lada hitam
6 helai daun kari
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan perencah kari mi maggi, kacau rata dan biar mendidih. Tambah daun kari dan kecilkan api. Pecahkan telur dalam mangkuk, dan perlahan2 masukkan ke dalam kuah maggi. Masak hingga telur mengeras atau jika suka bahagian merahnya, anda boleh biarkan 1/2 masak.
  2. Tambah leek dan isi kerang. Masukkan tauhu pok dan serbuk lada hitam. Kacau perlahan2, masukkan mi maggi, biar hingga mi lembut tapi tidak lembik sangat, akhir sekali masukkan santan pekat, kacau perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam bekas sesuai, hias dengan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan panas..

14 comments:

khairiah khaizu said...

Salam CMG.....letak sayur banyak2, sedapnya.....dh lama x mkn maggie nie

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehe.. Kak Sari pun selalu terpengaruh dgn iklan tv tu, godaan sungguhkan..

Kniedaz said...

Sedapnya megi tu...lama tak makan megi..balik ni ble buat tapi nak buh cili padi banyak2 ...

gadisBunga™ said...

saya pun hari hari berangan nak buat gaya che mat/ tv sebab nampak sedap. tapi tinggal angan angan jugak le hari hari. hehehe~

Kaki Sembang said...

che mat mmg terbaik..huhu..bila laa ambo dapat rasa masakan che mat

diana said...

wow.
tak terpikir lak megi boleh disatukan dengan santan..kan??

Cinta hazanis said...

belum pernah lg makan maggi dgn santan. lepas ni blh la cuba. :)

faa.rosli said...

bahan untuk megi fa hanya air+megi. no special. hehe

myxa said...

Maggi ayam sedap gak kalo tumis bwg putih dulu. Nk pedas isi cili padi ketuk sket. Rasa mcm mee sup.. Perghh

Shazlida Rosly said...

sebab best sangat tengok mat buat maggi ni. malam tadi makan kat luar terus order maggi. Tapi nak rasa maggi macam mat buat kena buat sendiri la eh.. :)

AbbotCottage said...

maggi? tadek banyak cerita la, memang sedap dari dulu sampai sekarang.

Musliza Mohamad said...

Ni terpengaruh dgn Cik Mat lak. Skrg gak nk p msk maggi utk breakfast. Tata.

Noraziha said...

Kalo megi ni..nampak je sure terliur..mmg memggoda la.hehe

akuzle ayu said...

tah2 depa mmg tiru resepi cik mat kots?..heheheh...