BEN ASHAARI

Tuesday, December 18, 2012

KAMBING MASAK BERIANI GAYA MAT GEBU..

rsz_kambing_masak_briani
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni mat letak entri masak2 dan sebagai permulaan, kita jamu mata dengan masakan kambing. Ini kali kedua mat masak menu kambing. Pertama kali kat sini. Mat sebenarnya bukan lah tak makan kambing, cuma tak tahan dengan bau kekambingan. Tapi kan, resipi kali ini yang mat masak, rasanya sungguh lain, kekambingannya walaupun masih ada, tapi tidak lah sampai tahap tergolek dog di lantai dapur, masih ok lagi. Mungkin kah sebab si 'kambing' itu dari jenis berbeza?..Hmm wallahualam. Oh yea, resipi ini asal2 dari Kak Liza, tapi telah ku derhakakan sedikit. Minta halal yea kak (err....dah minta kebenaran masa Kak Liza call semalam). Kalau anda yang tak makan kambing, boleh saja ganti dengan daging atau ayam...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging kambing, yang telah siap dipotong
3 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap 1, rendam
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah 2 setiap 1
1 biji bawang besar, dibelah 6
3 camca besar rempah briani (mat guna Adabi)
1 cawan santan (atau anda boleg guna susu sejat)
3 camca besar kerisik
1 camca besar penuh gula melaka
1 genggam kisimi, rendam dengan air panas hingga kembang, toskan*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus dengan sedikit air)
1 camca besar minyak sapi
2 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan kerat besar
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji buah keras, dihiris

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari, dilurut
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang puith, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging kambing diperap dengan tepung dan jus limau nipis selama 20 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes (tambah sedikit air jika perlu). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biar cair. Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Tambah rempah beriani + bahan2 kisar tadi, masak hinga terbit minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan daging kambing dan daun ketumbar (dengan akar2nya sekali), gaul rata biar daging kecut. Masukkan tomato + kismis yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang air secukupnya. Masak hingga daging kambing empuk. Masukkan kentang dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
  4. Tambah pati santan, masukkan kerisik dan gula melaka. Kacau dan masak hingga kentang empuk. Masuk cili merah, cili hijau dan bawang besar belah. Masuk gula melaka dan garam secukup rasa, gaul rata. Masak hingga kuah pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. 

CATATAN MAT GEBU :- Mat masak dalam periuk tekanan untuk menjimakan masa. Dan sepatutnya ada gajus goreng yang ditabur pada beriani tadi, tapi mat terlupa nak letak, jadi bagi anda yang mencuba jangan lupa tabur gajus goreng...ok...Selamat mencuba....mmmbeekkkkkkkk!!!.....

5 comments:

Mummy Akmar said...

saya peminat kambeng..embeek embekk..thanks share resipi ni! nanti tolong share cara masak nasi beriyani yang sedap sekali boleh tak ?

Mat Gebu said...

@ mummmy akmar - sama2 kasih dan in sha Allah..Terima kasih kembali..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

KAk Sari kalau dapat kambing memang tak toleh kiri kanan, tak peduli pantang tak pantang, hehehe

Dr. Fuh!! said...

Assalam Che Mat..sy nak ajak Che Mat exchange bloglist dengan sy..sy dah masukkan link che mat dalm special bloglist sy..keep in touch ya :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe.. akak baru sekali masak daging kambeng... itupun daging korban org bagi.. dlm fridge ada lagi sebungkus daging kambeng korban tahun ni punya.. belum bersentuh.. kot2 rajin bleh cuba resepi ni.. mekasih ye mat..