BEN ASHAARI

Tuesday, December 11, 2012

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS 'BASAH'..

rsz_cucur_ikan_bilis_segar

Salam semua..baru terhegeh2 nak upkan entri, patutnya petang tadi, tapi tersibuk pulak, maka waktu malam lah ia muncul, huhu, tak pelah kan janji ada entri.  Hari ni mat rasa lemau gilerr, takmao garing2 mungkin sebab cuaca petang tadi mendung dan hujan sekejap. Masak pun tah hapa2, huhu. Petang tadi dengan rajin yang ku paksa, mat buat jemput2 ikan bilis basah. Ikan bilis basah tu memang ikan bilis tapi saiz agak besar, kurang lebih baya2 jari telunjuk. Tapi ada yang besar sikit dari tu. Sebenarnya mat nampak Kak Ida 1001 Resepi buat di sini. Jadi mat nak juga test buat, cuma mat guna tak banyak dalam 200 gram ikan bilis basah. 

rsz_cucur_ikan_bilis_segar1

Ikan bilis tu terlebih dahulu anda buang tulang tengah dan kepalanya. Bukan apa, ini memudahkan untuk dimakan, terutama bagi kanak2. Ikan bilis basah ni sedap juga digoreng celop tepung, atau dimasak singgang rebus. Rasa isinya lemak dan sedap. Kalau buat laksa guna isi ikan ni pun rasanya sesuai. Cuma leceh sikit sebab saiz dia agak comel2. Satu lagi ikan bilis basah ni macam bermusim, kalau masa banyak, selalu jumpa di pasar2. Kalau anda nak cuba, mat tulis serba ringkas resipi dia...yang biasa2 saja...mudah dibuat dan sedap dimakan waktu petang, kena pulak petang tu hujan..lagi ngam!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram ikan bilis basah
1 biji bawang besar, hiris
1 cekak kucai, dipotong pendek
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
3 camca besar penuh tepung beras
1 cawan air (anggaran)
Garam secukup rasa
Secubit soda bicarbonate
Sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan bilis basah, dikerat kepalanya, belah 2 dan buang tulang tengah, buat sampai siap, cuci dan toskan. Masukkan ikan bilis basah tadi ke dalam mangkuk. Tambah semua bahan2 lain kecuali air dan garam. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sebati (air akan tinggal dalam 2 camca besar yang tidak diguna). Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minya untuk goreng terendam. Jemputkan bancuhan tadi (biar ada 2 - 3 bahagian ikan dalam satu jemput2) ke dalam minyak panas, berhati2 dengan tangan anda, atau anda boleh guna sudu. Buat 9 - 10 biji jemput2 sekali goreng, bergantung pada saiz kuali anda. 
  3. Goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian jemput2. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda..

10 comments:

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Ikan bilis basah lain dari ikan bilis normal ke CMG? First time baca...hehe :)

Anyways, jemput2 CMG nampak sungguh menyelerakan, I love cucur ikan bilis ;)

Lady Inspired said...

saya suka tea set tu lg dr cucur bilis ;). cantikkkk

Rima said...

Cucuk ikan bilis or cucur udang .. both fav si mat salleh kat rumah ni hehe.. urs nampak selera gitewww

Rozuan Ismail said...

dapat plak ada sos dengan mayonis lagi sedap

etuza said...

sangat menarik resipi di laman anda..tahniah ..http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

Shuhaida Subri said...

Aah la.. x tercapai akal camne rupa ikan bilis basah tu ^^

norliza samzakaria said...

Ummphh...memang enak.

Salmi Khairil said...

aduh.. sedapnya..tapi kalu buat selalu tak menjadi..mesti keras atau terlembik sampai makan minyak..

Eyriqazz said...

Alamak..meleleh tengok ni cikmat....bilala dpt merasa masakan cikmat ni

shida azuan said...

Salam che mat...tq kongsi mcm2 resepi!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.