BEN ASHAARI

Monday, December 10, 2012

FRESH STRAWBERRY MUFFIN...

rsz_1stroberi_muffin
Muffin pulak, sekadar nak menghabiskan stok buah stoberi dalam peti sejuk. Muffin satu jenis kek yang mudah dibuat. Namun ia berbeza dari cake, teksture nya agak bersarang, tapi lembut. Pembuatannya agak cepat dengan mencampurkan bahan kering ke dalam bahan basah. Untuk kali ini mat guna resipi dari blog Ayu Citarasa Rinduan di sini. Kebetulan ada lebihan stoberi dalam peti sejuk, dari kecut, elok mat buat satu benda yang cepat dan mudah. Ingat nak buat fruit tart tapi, sesungguhnya mat gebu amat tak berapa rajin sekarang ini. Terutama kerja2 membaking yang melibatkan bahan2 dan penggunaan perkakasan dapur yang banyak, lagi2 bila hasil kerja kita diplagiat atau dicuri oleh mereka2 yang tidak bertanggung jawab, terbaru blogger masak2 Puan Azlita juga kena, tapi bukan orang yang sama curi hasil DTS...hmmm tatau lah nak kata macam mana lagi, kami blogger2 masakan sering menjadi mangsa..

rsz_stoberi_muffin2
Bercerita pasal muffin ini, mat buat 1/2 dari resipi asal yang mat tulis kat bawah ni, menghasilkan kurang lebih 10 biji muffin, bergantung pada saiz muffin atau paper cup yang anda guna. Dalam resipi asal ia menggunakan minyak jagung, tapi jika anda nak rasa muffin yang lebih 'kaya', boleh ganti dengan mentega cair, atau susu boleh gantikan dengan whipping cream. Kalau lihat resipi, ia hanya resipi asas dan anda boleh pelbagaikan rasa mengikut kegemaran. Terima kasih pada Ayu dan che mat share resipi kat sini yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
240 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
120 gram gula kastor
3 biji telur gred A
65 ml susu segar
125 ml minyak jagung (boleh guna mentega cair)
1 camca teh strawberry emuclo
6 - 7 biji strawberry segar, didadu (asingkan sikit untuk hiasan)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C (mat guna suhu 180C), alas bekas muffin dengan papercup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Pukul gula kastor, telur, susu, garam dan minyak jagung hingga sebati. Masukkan strawberry emulco dan pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan strawberry segar dan gaul. 
  3. Isikan 3/4 penuh dalam bekas yang telah disediakan tadi. Hias atasnya dengan strawberry segar yang diasingkan tadi. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

18 comments:

hajar said...

che mat buatkan ptg ni saya jadi lapar & terliur ler...

Rozita said...

cisss... tak dan nak kesat air liur dah nii...

Dokgogeh Dokdegih said...

mantap che mat..
nk try r..
cantik gler tgk!
klu tuk mkn xleh cntik2 syg nk mkn..
hahaahah..

JunAina said...

Hadoiii...tengok gamabr dah tergoda tu belum makan lagi...:)

Paly said...

aduss..terliur ler,bes lau makan ptg ni

Hidayah said...

che mat ada tak resepi ala ala pai epal mcd tu..? kalau ada, boleh tak share..? dayah nak cuba buat sendiri.. sbb dh tak boleh nak beli..

:)

Uda said...

wow.....pink kaler!!!!! sweet je nampak muffin tu....

Uda said...

wow.....pink kaler!!!!! sweet je nampak muffin tu....

citarasa rinduan said...

assalamualaikum....
kira halal ya cmg..

ayu pun kadangkala kalau benda2 y senang2 suka jer buat. kalau y byk guna perkakas tu.. ampunn dah tak rajin dah.. hehehehe


muffin tu sgt cumil okey.. jauh beza ngan muffin ayu y beso gedabak. heheh

Sunah Sakura said...

ya Allah pcm! nampak sedapnyeeeeeeeeeeeeee!!!!

p/s: rasanya gambar kali ni paling susah nak copy paste...tengok watermark dia, hampir penuh kat muffin...haha

Qasey Honey said...

sedapnya..stoberi fresh lagi..nyummehh

faa.rosli said...

sedapnya bila gigit muffin ni terasa buah stoberi...waaaaaaaa

gadisBunga™ said...

rasa macam nak derhakakan pakai dried tomato lah. agak agak sesuai ke che mat? :D

MBHisyam said...

Nampok sodap..!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kalau aku yg torai buek bonda alah ni, konpom la hangus..

aQu Mad said...

sat nak suruh mak buatkan.. terliur tengok.. slurrrpppp

marr said...

pagi2 tengok strawberry muffin.. mata pun fresh.. :).. thanks CMD.. for the fresh2 recipe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

gebu membumbung!

P.A. said...

strawberry muffin yg cute :)