BEN ASHAARI

Sunday, November 18, 2012

TUMIS AIR BAYAM UNTUK TENGAH HARI INI...

rsz_tumis_air_bayam
Assalammualaikum semua. Salam hujung minggu. Mesti ramai antara anda menerima jemputan majlis2 perkahwinan. Macam semalam kami juga menerima jemputan dari sedara terdekat di Senawang. Alhamdulillah, walaupun hujan agak lebat, tapi majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Masak apa ni hari?..ke ada yang gantung periuk belanga sebab bercuti. Hari ni mood masak che mat pun macam sampan hanyut, jadi masak yang mudah2. Lagi pun nanti petang ada kenduri. Kita kasi tumis air bayam sama udang pun ok juga. Lepas tu ada sambal ikan cekik leher, telur dadar dan ikan kembong goreng kunyit..beres, senang keje. Kalau ikutkan resipi amat2 cikai, tak payah letak pun takpe. Cuma ada juga yang taktau macam mana nak masak, terutama anak2 yang baru berjinak2 ke dapur. Jadi kiranya resipi ini untuk mereka lah yea. Yang bijak2 dok diam2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak bayam hijau, siang berasingan batang dan daunnya
1 genggam isi udang basah
1 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ikan bilis (opyional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panakab sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, masukkan isi udang dan kacau rata. Masak hingga isi udang berubah warna. Tuang air secukupnya (anggara 2 - 3 cawan).
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), batang bayam dan masak hingga lembut. Tambah daunnya pula. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin.


6 comments:

Cida de' Nuanza said...

cik mat..sambal ikan cekik leher tu apekah??

Mas said...

geng ngan ikan goreng + sambal belacan...
perhhhhhhhhhhhhhhhh....... ^_^

ain samadi said...

orang jawa selalu masak mcm ni..sayur bening.Mmmg sedap dan simple

Sya Kiffli said...

walaupun resepi yang simple mungkin ia menjadi satu idea yang bagus untuk ibu2 dan anak2 muda di luar sana...macam cps..kadang2 puas nak mikir nak masak apa...bila masuk blog cik mat...tinggg....idea terus ada...:)tq cmg

krole said...

lauk krole mlm ni hihihi..thanka mat~

hamba Illahi said...

pehhh resepi yg mmbuat trtelan aiq liuq na

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.