BEN ASHAARI

Thursday, November 29, 2012

SANTAN DURIAN MENGGAMIT KENANGAN..

rsz_santan_durian
Petang semua, assalammualaikum. Gangguan bekalan elektrik berlaku di kawasan kampung kami pagi tadi sampai ke petang. Jadi mat tak masak, makan apa yang ada. Tapi bonda dan abang sulung berpuasa, jadi petang tadi setelah bekalan elektrik kembali pulih, sempat juga lah masak yang sempoi2. Untuk bonda mat buatkan santan durian yang begitu menggamit kenangan. Selain tu mat hanya goreng ikan cekik leher dan tumis lokio bersama udang dan cili hijau, amat2 senang. Bercerita pasal santan durian, ia satu makanan tradisi orang2 dulu, terutama di Negeri Sembilan (mungkin negeri2 lain juga). Kata bonda dulu di Rembau, masa zaman dia kecik dan arwah nenek masih ada, kalau musim durian, ini antara makanan yang begitu praktikal disediakan, hanya perlu durian, dan santan kelapa segar dan sedikit garam. Satukan dan biar sekejap. Kemudian boleh dimakan bersama nasi. Cuma pada yang tak biasa (macam mat), ianya agak janggal. Tapi kalau dimakan begitu, rasanya sedap. Santan kelapa diperah dari kelapa parut dan gunakan air masak. Walaupun ini satu benda biasa, tapi tidak orang2 lama. Makanan menggamit nostalgia hidup dan mengeratkan kasih sayang.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji durian saiz sederhana (terpulang pada anda nak guna durian jenis apa)
1/2 biji kelapa, diparut
1 cawan air masak
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Satukan air masak dengan kelapa parut, ramas hingga kelapa mengeluarkan santan. Kemudian perah untuk mendapatkan santan. Tapi santan tadi guna tapisan yang halus. Masukkan sedikit garam dan kacau rata. Masukkan isi durian, dan simpan dalam peti sejuk 30 minit. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja....Berani mencuba?..

12 comments:

Citarasa Rinduan said...

assalamualaikum..

cik mat.. ayu xpernah mkn..
mmg teriur tgk...
tapi macam xberani..
hehee

deena said...

Mkn ngn pulut berani gak ... Sodap.. Hehe

Areef Ibn Naim said...

salam,

tulah adik yg makan durian mentah+patah2kan lada... sy tk penah lg, biasa makan tempoyak je...

klu blh2 pantai timur dorang makan pulut dgn durian mentah gak... pulut atasnya letak durian, curahkan santan n tabur gula...

anna said...

Slm cik mat. Ni la mknan sya masa kecik2. Dulu nk mkn durian kena tgu musim durian bru ada. Bila musim je dan arwah abah ada duit lebih beli durian. Arwah mak watkan durian mkn dgn santan mentah mcm ni. Taruk garam sket dan tabur gula sket. Masa tu sedapnya ya Allah tak leh nk ckp masa tu. Semua tu tinggal kenangan. Mcm cik mat ckp mknan nostalgia...

mommynana said...

Huis..! Sedapnyer. Memang sedap makan begitu sahaje.

FaSD Hijabs said...

Mmg menggamit kenangan la...dah lama x makan ni...

Hazwani Fazil said...

salam..
makanan ni kalau di utara kami makan bersama pulut dan taburkan gula di atas pulut kemudian tuangkan santan sebagai kuah.sedap tak terkata.

syirah_8920 said...

kitaorang dibesarkan dengan makanan ni dari kecik sampai la skang masih layan lagi ni serius memang sedap dan nikmat... sape yg x penah try tu cube la... mmg nampak macam geli tapi rasa die x tipu la... terangkat... just letak pulut.. tuang santan letak garam sikit dalam santan tabur gula pasir... gaul dengan 2-3 ulas durian... emmm terliur pulak...

noor ellina Jaafar said...

samamcm mak elly slalu buat bezanya cuma durin tue mak gaulkn skali dgn nasik,santan n garam...lepas tu mak suapkan abah and kami 4 bradik :-) owh miss that moment

azlia said...

Dah terliur ni.. nak carik durian lah!!!

Suzie said...

Saya makan durian dengan nasi tapi guna air garam je .Kalau santan makan dengan pulut ...hmmmmm

Huda Ahsin 2 said...

Masa kecik-kecik dulu selalu makan macam ni.

Bila dituang santan, ditabur gula, digaul-gaul dengan nasi panas... eemmm... sedapnya!