BEN ASHAARI

Friday, November 2, 2012

LOKIO GORENG CENCALOK...

rsz_lokio_goreng_cencalok
Pernah makan lokio?.. Dan mesti ada yang tatau lokio tu apa bendanya. Lokio ialah sejenis pokok bebawang seakanr kucai tapi daunnay bulat memanjang, kurus seperti daun bawang ( contoh di sini). Rasanya manis terutama bebawangnya. Tu hari masa di Tesco, mat nampak ada terjual, jadi beli lah 2 ikat. Dulu bonda tanam pokok lokio ni di kebun dan lokio sedap digoreng bersama udang, campur dalam mi hoon dan sebagainya. Untuk hari ni mat goreng dengan cencalok dan mat tambah kucai dalam dia. Ini satu resipi yang begitu sinonim dengan orang2 peranakan. Cencalok tu anda tapis dan perah sedikit airnya. Kalau tak nanti masin sangat. Kalau anda suka pedas boleh tambah hirisan cili padi, macam resipi ini, mat guna cili hijau. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut dan juga ikan goreng....resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak lokio, dibersihkan, asingkan bebawang dan daun2nya, siang berasingan.
1 cekak kucai, kerat pendek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris
2 camca besar cencalok, tapis dan perah sikit
2 biji limau kasturi
Sedikit air
Sos ikan secukup rasa
Secubit gula
Sedikit hirisan cili padi merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kual, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan hirisan cili hijau dan masak hingga layu. Tambah cencalok dan kacau rata. Tambah bebawang lokion dan sedikit air. Masak hingga bebawang lembut sedikit.
  2. Tambah daun lokio dan kucai, kacau rata. Perasakan dengan sos ikan secukupnya. Tambah secubit gula dan masukkan jus limau kasturi. Kacau rata, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili padi merah dan hidangkan bersama nasi hangat...


11 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

serius, baru pertama kali tahu tentang lokio tu...

Cida de' Nuanza said...

mmg x penah tahu n pasti le jugak x penah mkn...

tp cam menarik bila campur cencalok...

Aku Ibu Muda said...

gulp...telan air liur! resipi yg simple...kebetulan ada cencaluk ni....nk try lah :)

hainom OKje said...

oooo lokio rupanya ingat kucai....he..he... OKje ni pukul sama rata je...

JaSSNaNi said...

oooooooooooo... tu dia.. pokok dia camtu.. baru pasan.. ehehe.. sib baik tak beli potong2 sayor dia.. bawang dia amik simpan hiris nipis2 wat tumis.. ;))
Cik Mat.. nak tanya ni.. CM penah nampak sayor apa tu.. wane hitam.. mcm tandok kerbau.. bentuknya sama je cam tandok.. tapi sejenis sayor.. di tempat sayor2 organic / sayor mahal.. yg tu wat masak apa ek?

Rozita said...

bukan budak je x tau ...org tua pun sama..hihi.. ingat kucai tadi..lama dah tak jumpa kucai dijual mana-mana.. sedap kalau dibuat sambal hiris kucai..

Choco Ani said...

pernah tgk tapi tak tau nama nya hehe.. trima kasih CMG tambah ilmu saya hari ni.. rupa rupa nya lokio.. tang cencalok tu tak sanggup.. pasti sedap tu..

gadisBunga™ said...

sayalah orangnye yang taktau apa itu lokio!

TiranaAduka@Triumph Bikers said...

salam, kenal dari tirana aduka

Cik Nurul Siezuka said...

Soo yummy... :)

Siti Nadira said...

sy mmg sgt suka makan lokio...masalahnya susah sket nak jumpe...kalo buat tumis air pon sedapppp....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.