SAMBAL CILI HIJAU "PADANG"..

rsz_dsc_1006
Pernah makan "sambal cili hijau "Padang"?...Errrr...Padang tu bukan padang bola, tapi daerah Padang di Sumatera Indonesia. Beberapa hari lepas tiba2 mat teringin nak makan sambal cili hijau padang. Pernah juga buat dulu, tapi berbeza sikit. Sambal cili hujau ni selain sedap dimakan bersama nasi panas, dicicah ubi rebus pun sedap. Ada sikit keunikkan dalam gaya membuat sambal ini. Dalam gambar tu nampak kurang hijau, sebab mat takde tomato muda, jadi mat guna tomato yang kekuningan, tu pasal kaler dia tak hijau sangat. Mat letak juga sedikit ikan bilis. Dalam sambal hijau ni tak perlu letak banyak sangat ikan bilis, nanti jadi sambal ikan bilis pulak. Bahan2 yang digunakan juga agak simple dan mudah. Penggunaan jus lemon digunakan sebagai ganti asam jawa. Ia memberi satu rasa yang istimewa selain baunya yang harum. Ok jom kita semak resipi amat mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji cili hijau, cuci dan toskan
20 biji cili padi hijau thai, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris
1 biji tomato hijau, dicincang
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci, tos dan goreng garing
2 camca besar jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kukus cili hijau dan cili padi selama 8 - 10 minit, angkat dan sejukkan. Kemudian tumbuk cili tadi bersama2 bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga sambal garing, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus lemon, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ubi rebus...

Post a Comment

6 Comments

  1. waduhhh......terliur dah ni.....

    ReplyDelete
  2. waduhhh......terliur dah ni.....

    ReplyDelete
  3. Ini sambal fav Kak Sari. Wajib ambil kalau makan di restoran Nasi Pdanag atau Restoran Minang, kadang ambil sampai separuh pinggan, pengsannnn!!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. CM, saya dah beberapa kali buat resipi ajaran CM:semuanya menjadi, mabeles gitu. Saya teramat2 lah berterima kasih pada CM kerana mempelbagaikan hidangan keluarga saya.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.