Assalammualaikum, salam Isnin semua. Dah makan tengah hari? Hari ni nak berkongsi satu resipi yang mudah tapi mat tersuka sangat membuatnya. Selain cepat dimasak, ia sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng yang digoreng lembap2....ohh..heavennn!!. Untuk resipi ni mat guna 3 biji terung bersaiz sederhana. Terung jenis organic. Rasa dia lebih manis dan satu yang penting, cara penanamannya juga bersih dari semburan racun serangga perosk. Untuk sambalnya begitu mudah, cuma guna 5 bahan2 utama dan perasakan dengan garam dan gula. Selain terung, anda boleh juga kacang panjang dan bendi. Kalau bendi mat sarankan dicelur begitu juga kacang panjang. Ok, resipi senang, jadi cerita pun tak boleh panjang2...kita lihat resipi jee lah macam tu....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung bersaiz sederhana
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang utk hiasan
BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
4 biji cili merah, kerat pendek
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kupas sedikit kulit terung, kerat 2 kemudian belah 4 untuk setiap keratan. Rendam dalam air bergaram, buat kaedah sama untuk baki terung tadi dan rendam.
- Toskan terung tadi. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Goreng terung sekejap, hingga bertukar warna, kemudian angkat dan toskan. Susun dalam mangkuk sesuai. Ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan tumbuk hancur dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus limau kasturi, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah atas terung dan hias dengan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat...
3 Comments
betul Cik Mat, dapat makan ngan nasi panas & ikan goreng lembab.. syurgaaaaaaaa..
ReplyDeleteChe mat, amboiiii terliur tengok gambo nih...mujur dah almost 5 pm...if not perut mesti berbunyi lapar...heheheh
ReplyDeleteSalam. Peberet saya ni, bro... Terbaekk...!
ReplyDelete