LEMAK CILIPADI TELUR ITIK...

rsz_dsc_1861
Entri tertinggal...tak kesah lah malam pun malam lah. Patutnya semalam nya entri tapi tah macam mana boleh tak perasan pulak, ke sebab aku ni dah tua...erkk....hehe. Ini mat masak hari Isnin lepas, untuk bonda berbuka puasa, tapi dengan aku2 sekali bedal. Telur itik pemberian saudara mat, dan belimbing buluh juga sedang galak berbunga, amat sesuai sangat dimasak lemak cili padi. Kali ni mat guna 100% cili padi hijau yang segar dipetik dari pokok. Kira cili padi kampung. Memang ada kelainannya kalau kita guna cili padi segar, santan juga diperah segar dari kelapa yang mat parut. Untuk resipi ni mat guna 6 biji telur itik. Satu keistimewaan telur itik, bila dimasak macam ni, ia akan menjadi elok dan senonoh.  Resipi mudah saja. Tapi kalau ikut yang asli, dan seperti orang2 Negeri Sembilan masak, mereka tak akan guna bawang, cuma cili padi, kunyit hidup dan serai atau daun kunyit. Tapi mat letak sedikit bawang. Kalau takde telur itik, anda boleh juga guna telur ayam...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji telur itik, cuci bersih
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
15 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 keping kecil asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung hijau
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan tumbuk halus ke dalam periuk bersama2 serai titik dan santan cair. Kacau rata dan biar mendidih. Perlahankan api, pecahkan telur itik tadi satu persatu (mat pecahkan satu biji dalam mangkuk dan baru tuang dalam kuah, buat kaedah sama untuk baki telur). Pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain.
  2. Masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan dengan berhati2. Masukan asam gelugor, daun kunyit dan pati santan. Kacau lagi dan bila mendidih, tambah belimbing buluh, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

Post a Comment

7 Comments

  1. ikh awat memlm post menu yg menggiurkan nih..heheheee

    ReplyDelete
  2. @ KH - errr.....patutnya nak post siang semalam, tatau pesal boleh terlepas pandang..jadi pos malam ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. mmg betul tu. kalau org N9 mmg x guna bawang kalau masak lemak cili api. tp sendri yg mkkn, sendri yg adjust..
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah En. Mat.....lama tak makan telur itik. Tentu sedap masakan En. Mat ni.

    ReplyDelete
  5. alamakkk..br je mak masak lemak telo itik ne td..:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.