Salam Khamis semua. Hari ni macam termalas nak masak, jadi pagi tadi mat buat sup tulang, lepas tu pandai2 lah nak makan dengan mi hoon ke, mi kuning ke, roti ke atau apa2 saja lah. Penat juga memasak ni, stress pun ada. Tapi dah tanggungjawab, kenalah selesaikan dengan berhemah. Seperti biasa, sup tulang mat masak guna periuk tekanan atau pressure cooker. Ia lebih menjimatkan masa dan wang. Kalau takde boleh guna periuk biasa atau rice cooker. Dulu mat guna tulang serangka, tapi kali ni mat guna tulang....errr..ntah apa ke nama tulang tu, tulang lutut kot, tak pun gear box, tak kesahlah, janji halal. Jika anda nak letak kentang atau lobak merah juga boleh, ikut suka. Tapi mat buat sup togel saja. Disebab kan tulang lembu ni ada masa bau dia agak kuat sedikit, mat lebihkan halia dan lada hitam. Ok itu saja untuk kali ini, kita lihat resipi....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg tulang lembu yang masih berdaging, cuci bersih dan toskan
1 sup bunjut "sup tulang" adabi*
1 pokok kecil daun sup, potong kasar*
1 camca besar bawang goreng*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Sambal kicap secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 camca besar penuh lada hitam biji
1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan tulang ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan kisar halus, bahan2 bertanda (*) dan air secukupnya. Kacau rata dan masak hingga menggelegak. Kemudian kecilkan api dan renih sup hingga daging pada tulang tadi empuk.
- Kalau anda guna kentang, boleh letak masa sekarang ni dan masak hingga kentang empuk. Kalau kurang kuah boleh tambah air. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan bersama nasi impit, mi hoon, mi kuning atau dimakan begitu sahaja. Jangan lupa tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga sambal kicap sebagai "pembakar"..
16 Comments
memang sedap ni nak2 musim ujankan....
ReplyDeletebetul la mat...kdng2 nk masak hari2 jd stress tau..lg la balik keja mcam2 nk buat,,:(
ReplyDeletebetul tu memasak kadang2 jd stress n penat. Hanya orang yg hari2 memasak kat rumah je tahu perasaan tu.. huhu
ReplyDeletemelelehhhh...!!!
ReplyDeletemakan dengan roti memang asyik ni CM!
as salam
ReplyDeletesaya takleh nampak sup tulang..miss it so much..takpe raya haji dah dekat nt..insha Allah :)
mat;sedut gear box tu guna straw sedap. singgang tulang pun sedap mat...
ReplyDeletestress....hari2 nk mikir masak apa...tp pahala manyak woooo.....
ReplyDeletestress....hari2 nk mikir masak apa...tp pahala manyak woooo.....
ReplyDeleteche mat, bawang goreng tu menggoda!
ReplyDeletenakkkkk....tgk gambar je dah kecur...nakkkkkk
ReplyDeletebawang goreng yg menggoda tu penambah sedap juga
ReplyDeleteterlliuurrrr!!!! nk sikit!!!
ReplyDelete[Gadget & Aksesori Steampunk Yang Cool]
gambar masakan mat gebu tak pernah gagal membuatkan sy terliur...esok nak cari tulang.
ReplyDeletehttp://welovesusuibu.blogspot.com/2012/10/kebaikan-seks.html
Sejak beli slow cooker, saya masak sup tulang dan sup kaki ayam guna slow cooker lebih kurang 2-4jam. Hasilnya amat memuaskan hati. Dagingnya lembut dan sup kekal panas dlm tempoh yg lebih lama.
ReplyDeletesejak orang rumah bersalin ni ,blog mat ni jadi rujukan utama bila ke dapur.terima kasih bnyk2 la mat .semoga bertambah berkat ilmu yg dikongsikan .
ReplyDelete:-))
Bleh lh cuba ni sup tulang versi cik mat... Sedap gitu...
ReplyDelete