BEN ASHAARI

Monday, October 1, 2012

GULAI DAUN TURI SIMPUL DENGAN UDANG...

rsz_dsc_0515

Lama juga tak masak daun turi, kebetulan semalam bonda melawat sedara kami di Johor, dan ada pulak pokok turi di depan rumah beliau. Daunnya pun muda2, jadi bonda bawak balik, atas pemberian beliau. Mat pulak memang ada stok udang laut dalam freezer, kena pulak cuaca mendung, maka dengan hasil perbincangan meja bulat di dapur makmal, kata sepakat telah tercapai, kita gulai daun turi simpul dengan udang. Erkkk, kenapa kali ni simpul pulak daun turi tu? Saja je, sebab selalu kalau kita lurut, mat rasa macam semak samun sangat lah gulai, kalau simpul nampak kemas walaupun tangkai dia tercancang dalam periuk. Tapi sebab dah simpul, ia nampak lebih kemas. Selain daun, bunga turi juga dimasukkan sekali, rasa dia manis dan lemak...seriuss mabelesssss you!. Selain udang, anda boleh juga gantikan dengan ketam. Kalau takde juga, guna tulang ikan masin kurau....

rsz_dsc_0446 (1)
Amacam, nampak comey tak daun turi tu...nak sipul dia pun mudah, buat kemas2 dan masa masak jangan kacau ganas2, kang simpulan dia semua terbukak. Ambil beberapa tangkai daun turi dan anda simpul seperti biasa, jika lebihan dia panjang anda selitkan sekali lagi kasi kemas dan tertib. Kemudian baru cuci dan toskan. Senangkan, yelah sekali2 kita kekalkan tradisi orang2 kita memasak, kalau tak silap mat orang Melaka suka simpul daun turi macam ni dan dimasak asam rebus. Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi yang lebut
20 kuntum bunga turi (optional)
6 - 7 ekor udang saiz XXL (jenis udang kaki merah)
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
6 - 7 biji cili padi merah thai
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan udang ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan kacau perlahan. Biar mendidih.
  2. Masukkan daun turi simpul tadi, kacau perlahan2. Masak sekejap dan masuk pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula, Kacau sedikit. Biar mendidih dengan api sederhana,
  3. Akhir sekali masukkan bunga turi, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..


7 comments:

ni@ @in said...

daun turi tu daun ape?tak kenal pon..huhu

Afasz said...

daun turi tu sejenis ulam ke?

Saidila79 said...

assalamualaikum CMG....
lama benor tak komen sini...tapi sebab entry daun geti ni jadi terasa nak komen....saya pun selalu masak lemak cili api...pastu goreng gereh....wat sambal belacan...oohoiii sedapnya....kat kebun ada pokok ni....memang kalo masak suka simpul jer...nak makan baru lurut

---> esok nak masak ni pulak....terima kasih....

aDisH.sHidA said...

xpernah pun kenal dan jumpa daun turi nie..myb belah johor ke kot ada erk...mak shida lak kalau wat gulai kari pucuk ubi..dia pun simpul2 jugak...

IBU GEBU said...

baru terperasan lah background blog ni dah berubah warna, sebelum ni biru kan? yg ni lagi cantik rasanya, nampak terang & kemas

*anyway, mesti sedap gulai kat atas ni kan + daun turi ni bagus makan ni che mat, banyak khasiat :)

Sari Yusa Ibrahim said...

udang itu???? nangis tengok..

cantiknya daun turi disimpul macam tukan..

NoorMasri said...

perghhh sedapnya...lama x mkn daun turi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.