BEN ASHAARI

Wednesday, October 24, 2012

AGAR-AGAR LAPIS MILO.

rsz_agar2_milo1
Lama juga tak buat agar2, mat tengok geng2 blog masak buat macam2 jenis agar2. Lawa2 belaka, berlapis dan bewarna-warni, meriah. Jadi mat pun tergerak gak nak buat tapi bukan lah yang kalerful nya, cuma yang biasa2 saja. Agar2 milo yang mudah dan senang ni mat rasa ramai yang dah cuba. Mat pernah buat dulu kat DTS ni, tapi mat tak belang2kan, cuma kasi 2 lapis saja, bawah lapis susu dan atas milo, dan Ady Budika juga pernah buat agar2 milo di sini, menjadi dengan cantiknya, ingat nak cabar dia buat macam ni pulak, soalnya..dia mampu keeee?. Kali ni apa kata kita lapiskan dia seakan2 kuih lapis. Nampak menarik dan takdelah boring sangat. Anda teringin mencuba?..Ok jomm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket (10 gram) agar2 serbuk cap "Swallow" (cap burung layang2)
400 ml susu sejat IDEAL
800 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 cawan gula pasir (nak manis, sila tambah lagi)
3 camca besar milo
Secubit garam (secubit jeee)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan serbuk agar2 dan gula pasir, kacau rata. Tuang susu sejat dan air. Masukkan daun pandan, masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu hingga agar2 larut dan keluarkan daun pandan.
  2. Bagi dua agar2 tadi (kurang lebih 600 ml). Satu bahagian ditambah dengan milo, dan satu lagi masukkan secubit garam. Kacau rata dan tuang dalam periuk berasingan dan biar atas api kecil.
  3. Ambil 200 ml adunan susu, tuang dalam loyang 8 inci x 8 inci x 1inci. Biar beku sedikit, kemudian tuang 200 ml adunan milo. Biar beku sedikit dan ulang lagi hingga habis (3 lapisan susu dan 3 lapisan milo).
  4. Simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Potong dan boleh hidangkan. Sedap dimakan sejuk sebagai pencuci mulut. 

CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh juga mencakar sedikit permukaan setiap lapisan yang beku sebelum menuang lapisan yang baru jika anda takut ia tidak melekat. Mat tapis setiap kali sebelum menuang lapisan baru. Loyang yang mat guna, mat letak atas tuala dapur yang telah dibasahkan untuk mempercepatkan proses membeku dan didekatkan dengan kipas angin. Nak mudah boleh simpan sekejap dalam peti sejuk... Selamat mencuba!!

10 comments:

norzila said...

salam kenalan cik mat..tu love2 pakai acuan eh..sangat cantik..kot saya tukar pkai koko leh x

Sari Yusa Ibrahim said...

cantik Cik Mat, sy tertinggal 100 langkah belakang bab buat agar2 cantik mcm ni..

Ummiakid @ lily said...

cantiknya...sedap ni kalau makan takkala cuaca panas ni...

aleesyadaniaworld said...

salam... Cik mat... sy budak baru belajar.. xpenah buat agar2 milo... tp tringin nak buat utk anak lepas tgk agar2 ni... Kalaw nk buat lapis2 tu, tunggu sejuk dulu kan... tp yg selebihnya dkt dalam periuk tu xkeras sama ke smentara nak tunggu yg dalam loyang tu sejuk?

Rozuan Ismail said...

sesuai sgt kalau jadikan juadah raya haji nanti

p/s tahniah terpilih top traffic referral blog PCB

Citarasa Rinduan said...

wawawawaw..
awat lapor ni

mmg cantik kjadiannya

Kjee said...

Che Mat. Kjee pun nak buat!!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tan Sri SelurPppppppppp..... ;)

victoria agumo said...

saya nak buat..izin tag ye..makkasih

Azie said...

As salam. Dah buat malam tadi. Tapi cuma dapat 4 layer mungkin kerana dah terlebih masak di atas dapur. Memang sedap

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.