BEN ASHAARI

Thursday, September 13, 2012

SOTONG GORENG KETUMBAR JINTAN..

rsz_dsc_8316
Selamat petang, masa2 macam ni baru ada masa terluang. Macam sibuk je si mat tu, huhu, nak cerita pun malas, kalau ada masa yang ok,insya Allah pasti blog akan diupdate. Hari ni untuk entri pertama kita lihat satu resipi mudah tapi tu lah, bukan untuk mat gebu, aku cuma masakkan sahaja, tapi makan tak bley, takut lah kegatalan. Takpe lah, kita lihat orang lain makan pun rasa seronok. Sotong ni mat tak kerat2, tapi mat kelar2 tak putus untuk setiap ekor, guna sotong bersaiz sederhana. Mat guna dalam 6 ekor sotong sahaja, kalau timbang berat dia kurang lebih 400 gram macam tu. Tapi kalau anda nak hiris seperti biasa, itu terpulang. Satu lagi, hidangan macam ni sedap dimakan panas2. Ok, resipi seperti berikut.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong saiz sederhana
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi perah jusnya
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh serbuk ketumbar*
1/2 camca teh serbuk jintan manis*
1 camca besar cili flakes*
Cili merah, didadu kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, buang kulitnya. Kemudian kelar2 sotong tadi, tapi pastikan tidak putus. Buat untuk setiap ekor, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan bahan2 bertanda (*) dan perap 20 minit dalam peti sejuk.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan sotong yang diperap tadi, gaul rata dan masak hingga sotong berubah warna, tambah hirisan bawang (leraikan), kacau rata.
  3. Tambah jus limau kasturi, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur cili merah yang didadu kecil sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..


7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

kesian Cik Mat, boleh masak tak boleh makan..

JaSSNaNi said...

kalau anak kecik saya (5yrs) cakap, banyak2 sea food, sotong ler dia tak suka makan.. mmm sbb sotong tak de tulang.. errkkk.. untung mama.. leh makan sotong sorang2.. heheheh

Nina Mirza said...

As'salam Che Mat,

menu simple2 gini mmg sedap makan panas2! Terliur tengok~
cukup ker 4 ekor jerr?
hehe . .

gadisBunga™ said...

cantiknye sotong dipotong rupa gitu...!

Boo said...

Assalamualaikum..
sedapnya menu ni..
sheila mohon izin nak cuba resepi ni boleh?

Travel&Food Lovers said...

cik mat..

masyaALLAH...hr ni sy puasa...terliur betul bile tgk blog kak ida td pn ade sotong gak...terus teringin nk makan sotong berbuka nnt...tetibe cik mat masak sotong pulak...terus rasa nk pengsan...jemput jamah bingka cheese kak hasue ni...sedap bangat - http://mytravelmyfood.blogspot.com/2012/09/bingka-cheese-from-sarawak.html

Azrey Rozie Eiman said...

simple & pasti sedap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.