BEN ASHAARI

Tuesday, September 4, 2012

DARI BULAN PUASA AKU NGIDAM BENDA NI..

rsz_dsc_7844
Malam semua, mood ke laut cina selatan dah ni, pakkal je blog dan mat gebu ibarat isi dan kulit. Jadi malam ni nak letak entri yang aku idamkan sejak bulan puasa tu hari. Bayangkan dari awal puasa, sampai dah nak masuk raya minggu ke-3, baru dapat santap ini megi. Dah lah tu, salah beli pulak, nak yang tomyam, tapi pi beli kari pulak.....grrr, takpe lah. Mesti ada yang kata, meriahnyaa cm nya mi megi...bukan apa, bila dah masak tu, nampak ada macam2 dalam peti sejuk, jadi mat campak masuk dalam megi. Tapi ok lah, bukan sampai tak nampak mi dia, betul tak, masih ada rupa paras ke megi annya.....Jomm kita lihat resipi...erkk megi pun nak bagi resipi juga ke?.. Itu sudah mesti, bukan semua orang reti masak megi..kan....haa tu ada yang angguk kepala...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi megi perisa kari, asingkan rencahnya
5 - 6 ekor udang, dibersihkan 
Sedikit isi kerang
3 - 4 pokok kucai, kerat pendek
Sedikit taugeh, buang ekornya
1/2 keping tauhu, didadu besar
1 biji telur
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili padi, hiris halus
1 3/4 cawan air
1 biji limau kasturi, belah dua
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mi megi dicelur dalam air panas sekejap, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga harum, tuang air dan masukkan perencah kari. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Perlahankan api, pecahkan telur dan biar hingga telur masak. Masukkan isi udang dan kerang, tambah juga tauhu, kucai dan masak sekejap. Masukkan mi dan gaul rata perlahan. Matikan api, alih ke dalam bekas sesuai, hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, taugeh dan limau kasturi. Hidangkan segera.......hmmmmm...

23 comments:

Marsita yahya said...

Salam Cik Mat,
dah lama tak guna perkataan pakkal ni. Wah...meriahnya maggi ni udah tak nampak macam maggi dah...

Ash said...

Hi Che Mat,
Guna perencah tomyam spt yg Che Mat inginkan tu boleh kan? Tak minat kari.

ibh_sue said...

Asslmkum CM.
Kat rmh ni sahur2 pun ble mintak masak megi jg. Hebat penangan megi ni. Heheheee . Meriah megi CM :-)

azievee said...

emmm kalu cik mat masak mmg semuanyer nampak sedap walaupun megi ...nak try gak la

Kak Rose said...

Gluppp! mat, pepagi kak rose dah telan air liur nampak megi ni... adoyai!!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

meriahnya megi CM..nyum3

Aimmie Qistina said...

cik mat masak megi pun terliur kite tengok.

HUZAIFA said...

meleleh air liur.... nasib baij tak mengidam

Miz Sitti said...

sedapnya..bole la cuba nanti

sudi lawat blog sitti

http://apamjsbakery.blogspot.com/

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

Meriahnya megi ni. terliur plak.

m.u.l.a.n said...

kalo dah laut china selatan, dekat rumah saya & rumah chef hanieliza... mai la masak megi kat sini pulak..

gelangtembaga said...

Alahai sodapnyo

deena said...

Lama jgk xmkn megi, nnti nk mkn jugak la sbb terlioq tgk cikmat nya megi.. Hehe

sharina ridzuan said...

wah...CMG menyelerakan..idea utk dinner ni...

inahar ali said...

perghhhh..meleleh akak tgh malam buta nih..adoii! selamat hari raya & maaf zahir batin wat mat sekeluarga ye!

aku eryati said...

wah udang dan taugeh tu menggoda seleraku...

hainom OKje said...

Sedap lagi kalau tinggal makan je ek....

gadisBunga™ said...

ni yg rasa macam nak terjah umah cik mat nih! ahahaha!

Sri said...

Dh mcm mee rebus heh3.. Klu dh kata maggi ni, plain aje pn dh sdp..apalagi klu campur mcm2 isi nya ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam MG..rajinnya isi macam2 dlm masakan maggie tu..tambag selera tgk!
Klu masak sepeket ni...mmg xcukup :D

Shasha Mohamed said...

Betul tu Cik Mat. Saya pun tak pandai masak megi yang sedap camni. Kalau yg kurang sedap tu boleh la.

Thanks for Sharing the recipe Cik Mat. Kalau ada lagi resepi megi bolehlah share lagi. I like ;)

Mtie Sue said...

memang best,resepi cmpak2 je.. tp terangkat bila makan.. 2bgkus maggie x trasa dah slurrpp...alhamdulillah

darina sekeri said...

Pergh... maggi pun bole jd hebat camni!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.