BEN ASHAARI

Monday, September 17, 2012

BUTTER CHERRY LEMON CAKE

rsz_dsc_8708
Assalammualaikum, salam semua...Sebelum mat mulakan entri, nak ucap terima kasih pada mereka yang sudi bertandang siang tadi, Sunah, Azila, Kiroro, Uzir dan sorang lagi housemate sunah, sapa pulak nama dia...hmm alahh dia tu lahh...minta maaf yea, lupa nama pulak. Ok berbalik pada entri hari ni, mat nak letak petang tadi, tapi internet meragam pulak. Sat2 ni baru ok, grrr...geram pun yea juga. Resipi kek yang mudah ini mat buat semalam, sebenarnya ia hanya kek mentega biasa tapi mat olah serba sedikit. Biasalah mat gebu kan suka derhaka resipi, tapi bukan merosakkan resipi, cuma mempelbagaikan atau memvariasikannya, tak salah, kalau resipi hanya basic atau asas dan anda oter serba sedikit dalam ertikata lain, letak perisa, atau anda marble kan, letak hirisan epal hijau ke atau apa saja lah. Kena kreatif jadi takde lah boring....

rsz_dsc_8810
Oh yea, mat buat kek ni juga sebab nak test paper casing sepesel untuk kek yang mat terima dari Sis Linn, tempoh hari....sayang nak guna sebenarnya, tapi kalau tak cuba tatau, dan serius memang cun, kalau nak buat buah tangan bawa ke rumah teman2 atau nak bawak ke rumah mak mertua ke, pulak2 jenis mak mertua "ada kelas", perghh, memang nampak comey sangat lah, sesuaii. Untuk resipi ini boleh dapat 3 biji kek bersaiz 4 1/2 inci x 2 inci x 2 inci. Tapi mat buat 2 saja dan kek jadi agak tinggi dan tembam. Selain tu anda boleh buat dalam tin bulat berukuran  8 inci. Resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 biji lemon, parut kulitnya (hanya yang bahagian kuning)
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 cawan susu segar
7 biji ceri merah, belah 2 setiap satu
7 biji ceri hijau, belah 2 setiap satu
Badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Mat guna acuan mini loaf pan berukuran 4 1/2 inci x 2 inci x 2 inci dan mat alas dengan paper casing yang sesuai. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar sebati.
  3. Masukkan belahan ceri merah dan hijau (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Hias dengan ceri dan tabur badam cincang. Bakar 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Biar sejuk sekejap dan keluarkan kek, sejukkan sepenuhnya atas jaringan..

12 comments:

Ummiakid @ lily said...

memang nampak sedap kek tu...acuan pun comey...

Mat Gebu said...

@ lily - acuan tu memang comey...kena dengan kek... *___^

Sunah Sakura said...

sedap hokeyy...cantik pulak tu bekas dia...

eh, teko biru belakang tu kan kan kan...tadi saya bukak, rupanya eksyen aje tali teh Boh tu ye..uncangnye lesap...ahahahaha...

sYaFiQa said...

Salam...nampak sgt sedap. harap dpt try satu hari nanti. mekasih

Sanji Ngatmi said...

blog D mybloggersociety.blogspot.com

selamat kenal-kenal

ngatmisanji.blogspot.com

IBU GEBU said...

kreatif sungguh orang ini

kek yg biasa2 pun jadi sedap bila diolah & dipelbagaikan resepinya :)

suebee said...

sue nak try wat lepas nih..boleh dijadikan door gift. Comei sgt..

ira azaman said...

syok kan jadi mat pandai masak...:)

Sis Lin said...

Salam Mat...
Masa aku mula2 ternampak je kan bekas tu, trus teringat ko, aku trus kata, ni ko mesti sukeee, ala2 acuan kue bulan kan...
Kalau ko suke aku lg sukeeee..nk mkn kek tu pun jd berselera je kan...:)

Sama2 kasih...
Nnnti aku cr yg lg lawoo utk ko ye.. :)

aDisH.sHidA said...

untung la kan sapa pegi 17sept tu...shda g 17sept tahun lepas je...huhu..

nak kena cuba la resepi kek nie

gadisBunga™ said...

ala..bestnye sape yang pegi.....~

suebee said...

dtg nak minta kebenaran ambil resepi ni..suebee buat backlink nanti,..terima kasih..