BEN ASHAARI

Saturday, August 11, 2012

BISKUT SANGKAR CINTA...

rsz_dsc_7018
Assalammualaikum salam 20 Ramadhan. Entri lewat malam, mat nak berkongsi dengan anda biskut raya yang mat buat pagi tadi. Yelah dah nak dekat raya, sesuai lah kan dengan entri biskut raya. Resipi sebenarnya mat dapat dari majalah cuma tu lah dah lupa dari majalah mana, sebab mat salin dalam buku. Nama biskut tu pun lain sebenarnya, tapi mat dah buat sedikit penderhakaan serta penampilan yang agak berbeza dari biskut asal, maka nama dia pun mat ubah lah. Buat dia takde lah susah mana, cuma leceh sikit tang drizzle coklat dan coklat putih tu saja. Kalau anda tanya kenapa namakan biskut ni Sangkar Cinta?...Sebabnya, perasan bentuk LOVE kaler merah tu, dalam jaringan coklat, konon2 dalam sangkar. Pada mana2 majalah kalau terbaca lah kan resipi ni dan sama macam dalam majalah anda...mat gebu ucapkan terima kasih sangat2...aku bukan CURI, cuma aku lupa dari majalah mana...tu saja....Jommm resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
270 gram mentega
30 gram lemak sayur @ shortening
100 gram gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
60 gram kacang tanah yang telah digoreng, kisar halus
75 gram quaker oat, kisar halus
60 gram badam kisar
30 gram susu tepung
90 gram tepung jagung*
240 gram tepung gandum*(*satukan dan diayak)
Hiasan bentuk LOVE
Coklat masakan secukupnya, untuk hiasan
Coklat putih secukupnya, untuk hiasan
1 kuning telur*
1 camca bear susu segar*(*satukan dan kacau rata, untuk menglis biskut)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, lemak sayur dan gula aising hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar rata. Sementara itu, satukan kacang tanah kisar, quaker oat kisar dan serbuk badam bersama tepung yang telah diayak tadi. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. 
  2. Matikan mixer, bulat2 kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. Bagi doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik, setebal kurang lebih 6 mm, terap dengan acuan biskut bentu love dan susun dalam dulang pembakar, jarak kan sedikit kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan letak sekeping hiasan bentuk hati atasnya. Buat hingga selesai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap biskut, kemudian alihkan atas jaringan.
  4. Bila biskut sejuk, drizzle kan dengan coklat cair, kemudian sekali lagi drizzle dengan coklat putih, tapi pastikan ia bertentangan arah. Biar coklat mengeras dan simpan biskut dalam bekas kedap udara...
CATATAN MAT GEBU :- Biskut ni memang tak guna telur, jadi bukan mat terlupa nak tulis, Satu lagi kalau anda nak cairkan coklat putih, cairkan guna kaedah double boiler tapi pastikan air mendidih perlahan atas api kecil dan kacau coklat putih hingga cair dan boleh digunakan. Untuk mempercepatkan coklat tadi keras, letak sedikit lema sayur semasa mencairkan coklat tadi... Selamat mencuba...


6 comments:

Iffah Afeefah said...

byk bahan dalam biskut ni

JIJI YU said...

hamboi name tu tak menahan

Citarasa Rinduan said...

Mmg bahannya byk. Tapi hasilnya y super.. Fuhh.. Cair tekak tatap lama2

misshannajr said...

rupa pon dah menarik ni mesti sedap kan..ada kacang lg

NiSha said...

sy coppy resipi tau..

Arbaayah Yahya said...

assalamualaikum sis.....resepi biskut sangkar cinta ni saya amik ya.....mintak halal resepi....terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.