BEN ASHAARI

Wednesday, July 18, 2012

PIE RENDANG CENDAWAN BERKEJU...

rsz_dsc_5267

Sejak dua tiga hari ni langit mendung dan hujan, kalau nak cuci baju kena cuci malam atau awal pagi, kalau lewat jemur, alamatnya kain baju semua basi. Hari ni mat serius malas sangat nak masak. Rasa pun macam blurr, sakit tekak dan selsema, nasib baik selsema tu hanya sipi2. Cuma sakit tekak tu sungguh rasa tak selesa sangat. Macam ada durian dalam tekak, nak menelan punya lah payah. Pagi tadi sambil mat masak gulai jantung pisang (resipi tak payah lah sebab sama macam tu hari punya), mat sempat buat short crust pastry untuk buat pie rendang cendawan berkeju. Mat guna pie maker pemberian Kak Ida 1001Resipi tempoh hari. Kat tempat mat ni takde jual short crust pastry yang ready made, kalau puff pastry tu ada lah, mungkin nanti ada lah kan, macam puff pastry dulu takde, sekarang ni melambak dah jual di Tesco, Giant dan juga C4..

rsz_dsc_5273
Nampak bess tak?...kulitnya rapuh dan renyah. Cendawannya pulak kenyal2 seperti daging ayam. Mat guna keju mozarella. Sebenarnya inti terpulang pada anda. Boleh letak apa saja, samada yang manis atau yang pedas. Kalau anda nak buat pie epal pun boleh. Mat tak sempat nak ambik gambar langkah demi langkah, tapi kalau anda tiada pie maker, anda boleh bakar dalam oven seperti biasa, sapu telur pada permukaan pie sebelum dibakar. Tak perlu guna acuan pun boleh, anda buat seperti membakar pastry puff, terap untuk base dia, letak inti, kemudian terap sekeping lagi, pastikan besar sedikit dari saiz tapak dia. Tutup atas inti dan tekan2 tepinya dengan garfu. Cucuk sikit permukaan pie. Tapi kalau guna pie maker, tak perlu cucuk..Ok kita lihat resipi...Blog pilihan DTS, di sini..

BAHAN KULIT PIR (SHORTCRUST PASTRY) :-)
200 gram tepung gandum
100 gram mentega, sejuk, didadu kecil
2 - 3 camca besar air ais
Secubit garam halus

BAHAN-BAHAN INTI :-)
100 gram cendawan butang segar, didadu besar2
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu segar
1 camca besar rempah rendang Baba's (kalau takde boleh ganti rempah kari)
1 camca teh kerisik
Sedikit hirisan halus daun kunyit
1/2 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Parutan keju mozarella secukupnya, untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PIE (SHORTCRUST PASTRY) :- Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan, masukkan secubit garam halus, gaul rata. Masukkan mentega sejuk yang didadu tadi, kemudian ramas dengan hujung jari hingga bancuhan menjadi teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit (1/2 camca besar setiap kali) dan gaul perlahan hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Kalau air tak habis, takpe. Bulat2kan doh, leperkan sedikit. Bungkus simpan 30 minit dalam peti sejuk.
  2. UNTUK INTI PIE :- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah rendang, masak sekejap dan tuang susu segar. Kacau dan bila mendidih. Tambah cendawan, kiub pati ayam (hancurkan) dan kerisik, kacau rata dan masak hingga kering, perasakan dengan sedikit gula dan garam (jika perlu). Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau rata. Rasa dan jika ok matikan api. Sejukkan inti tadi.
  3. UNTUK PIE RENDANG CENDAWAN BERKEJU :- Panaskan pie maker. Sementara itu keluarkan pastry dari peti sejuk. Tabur tepung pada meja kerja dan canai nipis (mat canai antara 2 keping plastik). Terap dengan acuan yang disertakan sekali dengan pie maker tadi. 2 untuk bahagian bawah dan 2 untuk bahagian atas (berbeza saiz).
  4. Bila lampu pada pie maker bertukar hijau, berhati2 buka dan alaskan lubang acuan dengan pastry untuk bahagian bawah, kemaskan dan isi inti tadi (1/2 bahagian inti untuk 1 pie), tabur keju atasnya dan tutup pie dengan pastry satu lagi. Buat keadah sama untuk bahagian satu lagi.
  5. Tutup pie maker dan masak selama 7 - 8 minit hingga permukaan pie kuning keemasan. Angkat keluar, dan biar suam. Boleh hidangkan untuk minum petang...


8 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Tan Sri CMG perghhhhhhhhh jeles ni dok tayang pie yang bkan calang orang boleh dapat tu.. cantik betul... keless... Pstt nape tak join contest psstttttt ranking tinggi tuuu...*wink*

Mat Gebu said...

@ Shahriah - Salam Datin, takpe lah CM bagi moral support je, bukan tak sudi join, cuma CM dulu tak join mana2 GA, Kuiz atau pun Parti tupperware, jadi kalau CM join nanti terasa hati pulak mereka2 dulu yang pernah ajak CM join...gitu lah ceritanya...alah releks, bukan hadiah yang ku kejar, nilai persahabatan itu lagi bermakna gitewww.... kan Datin... ^___*

Sari Yusa Ibrahim said...

mmg susah nak dapat shortcrust pastry kan kat sini. Kak Sari belasah aje guna flexi pastry brand kawan. errr, yg sbnarnya Kak Sari malas nak uli, balik kerja terus terap2 jer.

sedapnya pie cendawan tu, kenyang makan sebijik, kannn

#ciksuzlin said...

Salam CMG. Itu~ atas pie ada bentuk2 bunga, CMG buat macam mana (^________^)"

Emma said...

Kalau ada gadjet baru ni memang semangat kan nak mencuba, pie tu memang mengancam la abang mat

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tan Sri CMG okay betul2 tu, sebab CMG lebih lama di dalam dunia blogging, nak kena peka terhadap semua kawan2 suka dengan cara CMG.. okay tak pe.. nama CMG dalam list Kuiz tu tetap di kekalkan.. sebab CMG sudi tolong share kat blogs CMG yang meleTOPS ni.. tq so much... *ada sesuatu untuk CMG* selepas selesai KUIZ ya.. tq so much..:))))

Nur-nba said...

Sedapnya.. Dah banyak resepi pie yang Cik Mat kongsikan. Terima kasih kerana berkongsi..

MamaFaMi said...

Makin lama makin menanahhhh mato den!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.