BEN ASHAARI

Friday, July 27, 2012

AYAM PERCIK KELANTAN...

rsz_dsc_5912
Malam semua, selesai sudah puasa hari ke - 7, genap seminggu dah. Tak lama lagi sibuk nak buat biskut raya pulak kan. Menjadi tradisi kita, bila hari raya wajib ada serba sedikit biskut2 dan kek, walaupun ia bukanlah keutamaan, tapi pada mat dari satu sudut ia perlu juga, sebab kita harus merai tetamu yang hadir. Takkan lah nak hidang air sirap dengan biskut butang, atau krim kraker tak pun biskut kaben. Hagak2 lah kan. Kalau yang tak nak buat atau masa terhad, anda boleh tempah atau beli yang ready made, apa kata orang sekarang, kuih tunjuk. Kalau beli biskut raya, pastikan anda lihat bahan2nya. Pada mat, kalau biskut tu tertera bahan2 antaranya, kelapa kering, cornflakes atau nestum dan mentega, insya Allah biskut akan sedap. Atau anda cuba buat sendiri, buat sikit pun takpe, sekurang2nya suasana nak "raya" tu wujud lah juga...Opsss, macam silap entri pulak, hehe, sebenarnya nak share resipi ayam percik Kelantan yang mat buat semalam. Resipi ambik dari blog Neng Hana di sini... Ok kita lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM :-)
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....

11 comments:

Aisy Nasiha said...

bestnya, tetiba rasa rindu masakan mak...sebab tu saya tak beli ayam percik kat kl ni, tak sama rasanya dengan yang mak masak..

MiJa said...

wow,all time feveret ni!
Cik mat bakar ayam dlm oven ke atas arang? :)

dak eina said...

bru td buat ayam percik tuk berbuka.. huhu sedap2!!

laskar pelangi said...

peveret peveret!:)
rinduunya nak balik rumah kat kelantan =,=

siti sabri said...

I love ayam percik...nk mitak seketul..huhu

faa.rosli said...

kuan dia memang xkuning ye?

shera haifa said...

I LOVE AYAM PERCIK KELATE.. kat cnie banyak jumpa kuah yang warna merah sbb dah di tambah lada..

- kuah dye mmg putih faa.rosli.. :)

Shasha Mohamed said...

Hmmm... Sedapnyer, ayam percik Kelantan.
Tak payah pergi Kelantan dah dapat makan kalau pandai masak macam Cik Mat nih.

Selamat bersahur Cik Mat ;)

Gieyana said...

menariknya..leh try nnt..:-)

Nina Mirza said...

Gulp.. gulp..!!
sedapppp nyer~~
memang dicari resepi nie. Masuk list Nina yea Che Mat :)
TQ TQ

erisman said...

The best la...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.