BEN ASHAARI

Monday, July 23, 2012

AYAM GORENG KUNYIT DAUN KARI....

rsz_dsc_5507
Pagi semua, assalammualaikum, dahh masuk 3 Ramadhan, cepatnya, tau2 nanti dahh nak Raya. Anda bersahur apa pagi tadi? Sebenarnya ayam goreng kunyit daun kari ni mat masak masa berbuka. Ia sedap dimakan panas (atau dipanaskan..hehe). Untuk ayam tu mat perap awal2 dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Resipi macam ni mudah dan cepat, jadi sesuai untuk bersahur, makan panas2 dengan nasi panas....perghh...panassss ok!!. Mat buat dalam 1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana. Kalau nak guna daging ayam saja pun ok, cuma tak trill nak makan, kalau ada tulang2, boleh lah makan gaya sopan. Cuma leceh sikit lah untuk budak2 kecil. Resipi campak2 macam ni takde banyak sangat nak cerita, buat senang, karenah pun kurang. Jadi resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana
1 camca besar serbuk kunyit (mat guna serbuk kunyit ADABI)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..


10 comments:

kakchik@ella said...

cik matttt .. kakchik copy eh. nnti kakchik nak cuba buat.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Fuh terliur tengok ayam tu! My fav dish...nak tapau! :)

Selamat Berpuasa buat CMG sekeluarga...

Sari Yusa Ibrahim said...

sedap ni untuk berbuka dan bersahur sesuai sangat, kan.. simple tapi sedap!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lauk peberet en suami ni mat... samada ayam atau daging.. mmg suka lauk2 simple gini..

Dennis said...

nampak sedap... nyum nyum. tergugat iman tgk gambar tu. sharp betul

Ayumieka said...

bestnya sahur makan mcm ni... nak cuba nak cuba...;)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

mak aiiiii sodapnyooooo... Selamat berpuasa untuk CMG sekeluarga ya

Ilah A. Manaf said...

recipe yg ringkas dan senang ... bagus kalao last min takde idea nak masak ... =D

yon said...

Che mat, saya da cuba memang mabeles hehehe sodap

ayu zan said...

Bole buat lauk lunch jap lg. Tdi dok fkir nak.masak apa...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.