BEN ASHAARI

Monday, June 4, 2012

TAT TELUR PORTUGIS....

rsz_dsc_1450

Petang semua, buat tat telur portugis pulak. Mat pernah buat sekali dulu di sini. Dan hari ni buat lagi. Tu pun sebab nak kasi habiskan kuning telur. Tu hari mat buat satu resipi ni guna 2 putih telur, dan kuning telur dia dok dalam peti sejuk, macam nak beku je. Jadi baik kasi buat tat telur portugis, lagu pun pastry dia guna puff pastry saja. Senang keje. Mat guna acuan tat jenis besar bersaiz 4 inci, kalau anda nak buat comel2 pun boleh. Ada yang kata sayang lah CM, nanti puff pastry tu kita kena potong reja2 dia. Kalau tak nak potong pun pun ok, tu hari mat nampak kat satu blog ni, dia buat tat telur portugis, puff pastry tu diletak dalam ramekin dan lebihan dibiarkan, tak kerat. Masih nampak cun dan menawan. Lupa lah blog siapa...hmm, maklumlah dah tua...

rsz_dsc_1460
Resipi ni boleh dikatakan agak "kaya" dari segi kolestrol..seramm kan, hehe. Bayangkan guna whipping cream + cis. Muak?.. Tak lah, sedap, cuma kalau makan sekali hadap, memang muaklah, silap2 tergoleh dog, pengsannn. Untuk resipi ni mat gantikan whippig cream tu dengan susu segar, dan cis mat letak krim cheese. Esen vanilla jangan lupa, dan mat guna butter vanilla, lebih wangi dan sedap. Orang dulu2 mereka lebih suka guna vanillin, iaitu perisa vanilla jenis serbuk bewarna putih. Kata mereka vanillin lebih bagus dalam menghilangkan bau telur. Apa2 pun semua terletak atas tangan anda, nak pilih yang mana. Tapi buat masa ni mat akan guna butter vanilla ini. Ok kita semak resipi mudah ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
Puff pastry jenama 'KAWAN' secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream* 
50 ml air *(*mat ganti dengan susu segar 250 ml)
40 gram gula halus
15 gram cream cheese (atau 1/2 keping keju cheesedale)
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1 - 2 titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan whipping cream, air (@ susu segar) dan gula, kacau rata dan masak hingga suam. Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati. 
  2. Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
  3. Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan tat pilihan anda kemaskan. Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan...


11 comments:

Kjee said...

Che Mat, I like!!! Nanti nak buat tau.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh CM. resepi dia lain dr biasa la.nmpk menarik.rasa pun pasti best kan.mkn sejuk2 nyum3

Evelyn Gemina said...

Sedaapppnyaaa : )

Eera Shera said...

wahh nmpak sdp ni

dapurCikWan said...

CM.. mane nak dapatkan puff pastry tu ye??

Iffah Afeefah said...

ohoiii tk hnyir ke?

mummy Ayda said...

cik mat, mummy pon like, nanti nak cuba buat lah, TQ

Rozuan Ismail said...

pergh,sedapnya.huhu

Nina Mirza said...

Aduh Che Mat ...!!!
nak like 1000x boleh tak??
FAV sesangat Portuguese Egg tart nie...

nor dila said...

cmg,,bole x terangkan pd saya camana nak guna ads kat dlm blog kta??x fhm laa...harap cmg ble tolong saya budak baru belajar,,hee,,tq..

hak Apple Hijau said...

Minta Izin copy resepi ye. Nk try buat. terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.