Assalammualaikum, salam Isnin. Dah makan?..Mat hari ni masak pais ayam Temasek. Resipi mat dapat dari blog teman masak2 dari Singapura, Kak Ayu, di sini. Dan resipi asal dari Puan Aini Salim, Puan Aini ni kira femes di Singapura, pakar dalam memasak, membuat kek dan juga biskut. Sebenarnya semalam mat dah plan nak buat pais ayam, tapi ada benda lain kena uruskan, jadi tertangguh sudah projek ku. Pagi tadi mat usahakan juga buat dan syukur alhamdulillah menjadi dan rasa dia...hmm serius sedap ok, ada rasa macam rendang. Rempah yang kita guna untuk resipi ni juga mat rasa sesuai kalau kita nak buat rendang, cuma kasi tambah serai lagi dan cili, untuk kasi pedas. Selain sesuai dihidangkan bersama nasi kosong, dengan nasi minyak, nasi beriani atau nasi serai juga sesuai. Buat dia takdelah susah sangat walaupun nampak macam banyak bahan2nya, Ok kita semak resipi dan terima kasih pada Kak Ayu ....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dibelah dua (mat guna 4 bahagian ayam dan potong 2 setiap 1 bahagian)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut, disiat
2 cawan santan
2 camca besar gula melaka (mat guna 1 camca besar)
1 camca besar pes asam jawa + 1/2 cawan air
Garam dan perasa secukup rasa (mat tak letak perasa, tapi ganti dengan kiub ayam)
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
4 camca besar cili kisar (mat guna 2 1/2 camca besar)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
8 biji buah keras (mat guna 5 biji)
2 batang serai, hiris halus
Beberapa biji cili padi (optional)
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. Masukkan daun limau purut, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Tambah garam dan perasa secukupnya, masak hingga pekat dan hampir kering. Biar sejuk sedikit.
- Sedia kan daun pisang, letak ayam tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit, bungkus dan semat dengan lidi sate. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190C. Hidangkan panas bersama nasi.
CATATAN MAT GEBU :- Mat buat 4 bungkusan dan setiap satu berisi dengan 2 ketul ayam. Daun pisang mat layur sekejap atas api, untuk mengelakkan ia pecah ketika membungkus pais ayam tadi. Selamat mencuba!!...
11 Comments
nampak pun dah tau sedap :)
ReplyDeletesedapnya masak pais, mesti harum baunya tambah selera.. tambah nasi tak??
ReplyDeletecm rumit je
ReplyDeletenk mkn nsi ayam bakar plak la gni
sedapnyee....boleh la cube msk hujung mgu ni....
ReplyDeletewow... nampak pun dh sedap... makan mesti meletup... dh ler sy puasa hari ni... harap x batl la ye... hehe
ReplyDeleteSalam En.Mat...nampak sempoi..dan sedap
ReplyDeleteouhh..sedapnya ..nyum-3
ReplyDeleteAssalam mat,
ReplyDeletebetul tu puan Aini Salim memang pakar masak disini..akak suka dgn recipe2 dari dia..Terimaksih sekali lagi kerana sudi mencuba..:)
Salam....sedapnya, nak sikit : )
ReplyDeleteKena cuba ni!
ReplyDeletemenu kita sama ler hari nie CMG... Diana pun masak pais ayam nie.. memang sedap!! berbaloi mencubanya...
ReplyDelete