BEN ASHAARI

Friday, June 29, 2012

NASI GORENG DAGING ALA THAI..

rsz_dsc_3890
Assalammualaikum, salam Jumaat....nasi goreng lagi..tu saja yang mat buat pagi ni, tapi ada juga keledek rebus. Nasi ni ada berbaki, semalam punya. Baik goreng saja, dan kebetulan semalam bonda ada beli daging batang pinang. Kata orang masakan biasa kalau nak nampak lebih menawan, memikat kena lah pandai menggayakannya. Itu semua rahsia untuk semua mereka2 yang berada dalam industri makanan, tak kesah lah anda blogger masakan ke, chef ke, jurufoto dan sebagainya. Tapi kena juga lah seiring dengan rasa. Untuk resipi mudah ini mat guna sedikit pes tomyam, hirisan daun limau purut, serai dan cili padi. Halia dan bawang putih juga mat gunakan. Sos ikan sebagai perisanya. Lepas tu nampak ala2 more presentable kata omputeh, mat bungkus nasi tu dalam telur dadar yang didadar nipis, terbalikkan dan buat keratan X, buka dan boleh lah hias...mudah bukan. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
80 gram hirisan nipis daging batang pinang
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 camca besar pes tomyam
1 camca teh sos cili thai
4 biji cili padi, cincang halus
1 helai daun limau purut, hiris halus
1 batang serai, hiris halus
2 - 3 biji telur, dibuat telur dadar nipis (buat 1 biji telur = 1 keping telur dadar)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi cincang, pes tomyam dan sos cili thai, kacau rata. Tambah daging dan gaul rata. Masak hingga daging empuk.
  2. Tambah trafficlight capsicum, hirisan daun limau purut dan hirisan serai, kacau rata dan masukkan nasi. Gaul dan masak sekejap. Tambah sos ikan secukup rasa (yang ni anda agak2 ok, kang masin pulak). Kacau lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan. Senduk nasi tadi secukupnya dalam telur dadar tadi, bungkus dan terbalikkan atas pinggan sesuai. Kelar X pada permukaan telur dadar tadi dan bukakan seperti kelopak bunga. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Boleh hidangkan...


10 comments:

Nor Dila said...

salam perkenalan cmg..suka sgt saya lawat blog dts ni,,always bagi saya idea utk masak,,n suka sgt makan nasi goreng,,thanx again share menunya,, sudi2lah jadik friends saye,,hee,,bru blajar berblog,,terimakasih..

Kakzakie said...

Betul CMG kalau kreatif bukan aje sedap tapi juga cantik..

faa.rosli said...

laparrrrr..

Saya Disini said...

sedpnye

Sari Yusa Ibrahim said...

bukan saja persembahan cantik, hidangan terbaik dari Siam ni, sy suka nasi goreng, mkn hari2 pun takpe, hehe

maszull said...

assalamualaikum cik mat...cantik hiasan nyer makan lagi la sedap nyer...:)

Irfa said...

bukan tak penah buat
tapi cik mat punya jugak menarik perhatian..mgkin sbb hebat cara menghiasnya ;)

Afasz said...

cantik nye presentation? masuk masterchef la!!!

yes, i'm a married lady. :-) said...

Must try ni.

athirahjinal, IPOH said...

Saya dah cubanya. Yippi !!

Ada juga ubah sikit-sikit sebab tiada bahan di rumah. Apapun, mantaplah Cik Mat !!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.