KANGKUNG GORENG BELACAN...

rsz_dsc_3915
Kangkung goreng belacan pun nak jadi kan entri blog?..Tu lah kan...huhu nak buat macam mana lagi, musim malas melanda mat gebu sudahh. Tapi kangkung antara sayur hijau kegemaran mat. Sebenarnya semua jenis sayur mat suka, samada sayur2 kampung atau sayur2 import. Tapi kangkung ni tak berapa nak digalakkan pada mereka yang ada lenguh2 sendi, kerana ia sayur berunsur sejuk. Kangkung paling enak dihidangkan sejurus lepas kita masak. Pelbagai resipi boleh dimasak menggunakan kangkung. Boleh digulai lemak dengan keledek, dicelur dan makan dengan kuah kacang, dimasukkan ke dalam nasi goreng kangkung, sebagai salah satu bahan dalam mi udang pulau pinang, sebagai sayur2an untuk rojak petis dan banyak lagi. Tapi yang paling kerap, kangkung digoreng belacan. Ok resipi seperti di bawah tapi sebelum tu, jomm kita kembalikan kenangan nostalgia dulu dalam entri ini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
Sedikit ikan bilis, dibersihkan dan digoreng garing, ketepikan
1 biji bawangg besar, hiris halus
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
Sedikit ikan bilis, bersihkan dan rendam sekejap, toskan
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
6 - 7 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Tambah sos tiram dan sedikit sos ikan. Masukkan juga hirisan bawang besar. Kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan batang kangkung dan gaul rata, masukkan sedikit air (sedikit sahaja). Tambah daun kangkung dan gaul pantas. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Matikan api, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Alih sayur kangkung dalam bekas sesuai, tabur ikan bilis goreng atasnya dan hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap dimakan panas.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kangkung goreng belacan memang pilihan dari dulu, dan kini...sedap!

    ReplyDelete
  2. Abg Mat... Realy appreciate cara Abg Mat terangkan langkah-langkah nak masak. Bagi saya yang bukan jenis "campak-campak terus menjadi" bila ikut satu-satu cara ni - akhirnya MENJADI!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.