BEN ASHAARI

Sunday, June 17, 2012

GULAI KETAM DENGAN NENAS...

rsz_dsc_2593
Bertemu kembali dengan resipi pulak. Yang semalam punya cerita tu masih panas lagi, jadi untuk melihat gambar anda boleh lah singgah di link blog blogger2 yang turut serta ke rumah mat.. Ok hari ni atas permintaan bonda mat masak gulai ketam dengan nenas Sarawak. Ketam dalam 1 kilo, kali ni mat test guna ketam bintang, harga murah sedikit dari ketam bunga (ketak sepit biru), tapi isi dia tetap sama. Mat gunakan 1 biji saiz sederhana nenas Sarawak. Kalau takde boleh ganti dengan nenas madu, morris atau nenas josepine. Tadi masa mat mula2 nak masak, teringat dalam satu entri blog Kak Ida 1001 Resipi, pernah kata mak kak Ida (ke mak mertua beliau eks..hmm, lupa pulak), kalau masak gulai ketam, dia akan kisar sekali 1 - 2 keping nenas bersama bahan2 rencahnya. Dan tadi mat buat, rasa dia sedap, dan manis asli, tak payah tambah gula bagai. Sebelum mat tulis resipi, nak minta maaf pada seorang teman FB, mat tak dapat nak tunjuk macam mana nak siang ketam, sebab ketam ni bonda yang siang, tau2 siap dah.., huhu..Ok resipi jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam (sebarang jenis)
1 biji nenas Sarawak saiz sederhana
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
4 biji cili merah
6 biji cili padi (optional)
2 hirisan nenas sarawak
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit kernya, kerat kaki2 kecilnya, ketuk sedikit penyepit ketam supaya mudah untuk mengeluarkan isinya nanti. Cuci bersih dan tos. Nenas Sarawak dikupas kulit dan hiris  kepingan. Ketepikan.
  2. Masukkan ketam tadi ke dalam periuk bersama2 bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor, gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna kemerahan. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. 
  3. Masukkan nenas, kacau perlahan dan bila mendidih, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan juga daun kunyit. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Bila nenas lembut sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

6 comments:

faa.rosli said...

sedapnyerrrrrr.......terliur dah ni..

Amie said...

nak tumpang ratah isi ketam dan hirup kuahnya sekali... slurrpppp

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huhu..tergoda tgk gulai ketam dgn nenas ni

kkida @ 1001resepi said...

salam,
kkida tengok foto mat buat makan2 kat rumah mat tu...tak ajak kkida pun yek!....:-)
teringin nak rasa hidangan dari air tangan mat yang nampak sedap sangat tu...huhu...

Myvitrd said...

Sedapnya bro... Dh lama tak mkn ketam

Ayumieka said...

sedapnye... teringin nak masak sendiri ketam tapi tak pandai siang ketam...:(