BEN ASHAARI

Sunday, June 24, 2012

AYAM MASAK MERAH

rsz_dsc_3330
Tadi nasi tomato dan kali ni mat tulis resipi ayam masak merah. Ramai yang pandai masak ayam masak merah dan resipi, mat pasti ada pelbagai. Tapi kalau sebut ayam masak merah, bahan utama selain ayam, dah tentu tomato puree. Ayam masak merah popular di serata Malaysia termasuk Singapura. Sedap dimakan dengan apa jua jenis nasi, dengan nasi ayam pun sedap. Ada juga mat nampak orang masak gunakan daging batang pinang. Untuk resipi ni mat guna 1/2 ekor ayam dan mat tambah sedikit sos cili dalam dia. Kismis juga mat kisar bersama bawang dan bahan2 lain. Akhir sekali gajus yang telah digoreng mat masukkan. Mudah saja dan rasa dia...hmmm kena lah cuba kalau nak tau, tak berani nak kata sedap sebab tekak manusia ni berbeza2 dan taknak lah kan akan timbul rasa menyampah pada orang lain bila kita puji masakan sendiri....betul tak, pada yang nak cuba, resipi seperti berikut, terima kasih pada yang sudi singgah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 genggam kacang gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
3 camca besar pes tomato (tomato puree)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kacang pis untuk hiasan (tak letak)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 inci lengkuas
1/4 cawan kismis
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato pure dan masak sekejap. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  2. Tambah ayam tadi dan gaul rata2 dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan gajus goreng, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan kacang pis. Boleh hidangkan...

8 comments:

mademoiselle ten said...

Bagusla che mat merendah diri.... ye la tekak masing2... kita kata sedap org lain kata tidak... tp masakan che mat mmg saya tau mesti sedap ;) ... tk mcm ada sorg tu asyik2 puji diri... hehehe

Rozuan Ismail said...

ayam masak merah mmg suka makan waktu majlis kahwin.hehe

ibh_sue said...

Aslmkum Cik Mat.
Sebenarnya dah mcm jemu dgn ayam masak merah ni, tapi kali ni bila tgk ayam masak merah cik mat ni..teringin pulak nak mkn ayam masak merah. :)

susumanis said...

cantik rupa sedap rasa..yummm

AINUR ATHIKAH said...

Assalamualaikum, saya ambil resipi ni ya? Hari ni mak nak masak nasi tomato. Terima kasih.

Sutera Anggun Pesona said...

kalo kismis sya ganti ngan kurma ok tak...kalo x letak buah keras ok ke

Sutera Anggun Pesona said...

kalo kismis sya ganti ngan kurma ok tak...kalo x letak buah keras ok ke

Fiza said...

Alhamdulillah. . Dah cuba, dan mmg sedap.
Selama ni cari resepi masak merah, kali ni jumpa yg best. Tp saya buat daging masak merah. Dagingnya di rebus dulu, kemudian goreng dan tumbuk sikit2 utk lembutkan. Terima kasih kerana berkongsi.