GULAI IKAN TONGKOL "REPUT"..

rsz_dsc_3394
Assalammualaikum, salam Isnin. Dah makan?. Hari ni mat masak ikan tongkol. Dan kalau nampak tajuk entri gulai ikan tongkol "reput"...kenapa reput. Sebab mat masak dalam periuk tekanan selama 1 jam lebih dan hasilnya tulang2 ikan tadi reput dan boleh dimakan seperti ikan sardine. Ini cuma gulai biasa dan sesuai juga dimakan bersama nasi dagang. Kalau anda takde periuk tekanan, masak guna periuk biasa pun boleh, tapi tak jadi reput lah. Untuk kali ni mat saja nak cuba rempah gulai nasi dagang jenama Puteri Ayu, rasa mat keluaran negeri belah pantai timur. Rasa dia lain sikit dari rempah kari. Tapi mat letak jugalah bahan lain sebagai pemangkin. Mat guna kurang lebih 800 gram ikan tongkol yang telah dibersihkan. Kalau takde rempah macam mat kata tu, guna saja rempah kari ikan yang biasa anda guna. Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gm ikan tongkol yang telah disiang dan dicuci bersih, toskan
2 keping asam gelugor
4 camca besar penuh rempah gulai nasi dagang (kalau takde, guna rempah kari ikan)
2 biji cili merah, belah dua tapi tak putus
1 biji bawang besar, belah 4
1 liter santan
Air secukupnya
1 camca besar gula melaka
1 1/2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
2 batang serai, hiris halus
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, sementara itu bancuh bahan kisar halus dengan rempah gulai nasi dagang, kacau rata2. Tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau sentiasa.
  2. Tuang santan dan masukkan sedikit air. Kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan, asam gelugor, gula melaka, kerisik dan sedikit garam. Kacau perlahan dan pastikan ikan tadi tenggelam dalam kuah. 
  3. Tutup periuk tekanan dan pasal pemberatnya. Biar hingga bunyi berdesir dan masa ini pemberat akan terangkat sedikit dan wap akan keluar. Terus kecilkan api pada tahap minima (masa ini terus perhatikan jam). Masak selama 1 jam 10 minit. 
  4. Bila cukup masa, angkat periuk tekanan tadi dan letakkan di dalam sinki, alirkan air paip atasnya hingga hilang wap panas dan tiada bunyi desiran bila pemberatnya disentuh. Bukak periuk dan tuang ke dalam periuk biasa.
  5. Biar mendidih hingga kuah pekat, tambah belahan bawang besar dan cili merah, masak hingga kuah pekat sedikit. Jika perlu tambah garam secukup rasa. Boleh hidangkan bersama nasi dagang atau nasi biasa....

Post a Comment

10 Comments

  1. Salam, Cik Mat. Memang senanglah nak makan ikan tu kalau dah masak dalam pressure cooker, kan. Mak saya selalu masak ikan terubok guna periuk ni, lepas tu makan ikan terubok rilek jer, tak payah dah nak pilih2 tulang, hehe.

    ReplyDelete
  2. Adeeehh cantiknya gambarrr...nampak mentari lembut jek sinarannyaa...x terik ganazzz gitu...i liiikee this pic la Mat... Waaah lauk pun menyelarakan betui..lama x makan ikan tongkooiiii.... Mat, Saji dpt pree ke kenen dgn apeks...hahahaha

    ReplyDelete
  3. makan cicah lempeng pekak sedap gak ni CM

    ReplyDelete
  4. tgh puasa ni nelan ayo lioo tenguk gambo gulai CMG nih..hehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cik mat....sedapnya tengok kari ikan tongkol tu...:)

    ReplyDelete
  6. oh! kalau nak reput kena guna periuk tekanan yer.. ingatkan kena tambah apa2 ker.. sibuk org bagi email kata ikan sardin dalam tin tu tulang reput sebab letak kimia.. rupanya CMG guna periuk tekanan jer kan.. baru tau.. tq2

    ReplyDelete
  7. ishhh...tergoda btul ngan gambo tu...dah la nasi dagang ganu tu feveret saya, kena buat jugak la b4 posa nih....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...resepi ini elah dicuba dan berhasil...rupanya buat pencecah roti canai pun sodap...apa lagi dgn nasi dagang...terima kasih...

    ReplyDelete
  9. menarik resepi ni.. jom kita cuba

    ReplyDelete
  10. Beras nasi dagang dh ada...try che mat punyer gulai ikan tongkol la pulak...mesti marbeles...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.