BEN ASHAARI

Wednesday, June 13, 2012

ASAM TUMIS TEMPOYAK...MELELEH OK...

rsz_dsc_2371
Salam semua, dah makan?..Mat hari ni masak satu masakan yang mudah tapi sungguh sedap (erkk...sori lah, aku yang masak, opkos kena puji sendiri, yea tak, dah mak aku pun kata sedap). Cuma yang tak makan tempoyak ai very sorry lahh tamby. Kali ni nak habis kan baki ikan tenggiri dan ada sebiji timun dalam peti sejuk. Asyik nak masak asam pedas, dah jemu, jadi apa kata kita cuba test satu resipi yang secara tak sengaja terlintas di kepala mat. Masak dia amat2 mudah, janji tempoyak ada. Serai dan daun kunyit tu wajib lah. Mat guna cili padi kampung, guna cili padi yang merah sahaja untuk mendapat kuah yang menarik dan rasa yang "matang". Sedap dimakan panas bersama nasi dan ulam2. Selain ikan tenggiri, ikan kembong juga sesuai atau apa2 ikan yang berdaging. Ok kita semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping ikan tenggiri (atau ikan pilihan anda)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
1 kiub ikan bilis (optional)
1 biji timun, belah 4, buang biji dan kerat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi kampung merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan tempoyak dan kacau rata, tuang air secukupnya dan kacau lagi. Biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor, kiub ikan bilis dan ikan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Jika kurang kuah tambah sedikit air lagi. Akhir sekali masukkan timun dan daun kunyit. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

13 comments:

salma0807 said...

sedapnye che mat...naseb dh msk last wk..kalo x ngidam sy..huhu..jemput singgah blog http://salma0807.wordpress.com/

maszull said...

assalamualaikum cik mat ....sedapnya kalau tengok gambo masakan cik mat ni mesti nak meleleh air liur...bestnya kalau dpt makan masakan cik mat ni...:)

Iffah Afeefah said...

mabeleeesss

adda syuhada said...

adehhhhh lapar balikkkk...

Amie said...

Yang memandang ni lagi terlebih lelehnya Mat ha ha hahh

Bicara Kak Noor said...

sedaapnya cik Mat pasti nya meleleh siapa yg belum makan ni..

Azlina bt. Azis said...

terliur en. slurp

CIK Y O N G said...

meleleh Cik Yong tengok, dengor tempoyak jea teman dah naik lapor.

kakchik@ella said...

terleleh la cik mat. balik nanti Kakchik nak buat untuk Aiman lah.

Shasha Catering said...

Sukanya saya. Masakan Tempoyak memang sedaaaap!!!!!!!!!!

Saya Disini said...

sedpnye

Rina Herbalife said...

bukan meleleh lagi dah ni bercucuran air liur ni menengok nya :)

faa.rosli said...

uishhh. kalo ikan patin msti sedap nih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.