KENANGAN SEMALAM......

rsz_dsc_7418
Entri sebelum tidur ni sepatutnya letak semalam, tapi rasa macam tak nak letak semalam sebab semalam is not my day...kenapa pulak macam tu?. Kerana...kerana...kerana....hmm, nak cerita pun malas. Takpelah yang lalu biar berlalu, walaupun rasanya masih bersisa. Sebenarnya ini ibarat entri selingan sahaja. yelah benda makan yang dah biasa sangat kat DTS ni kan. Tapi kan, pada mat lah, biar apa sekali pun entri blog kita, asal ia satu yang boleh menggembirakan kita, itu sudah memadai. Dalam dunia ni buat saja lah apa yang anda suka selagi ia tidak melanggar hukum2 ugama, negara dan menyusahkan orang lain. Sama macam berblog, kalau ada yang kata entri tangkap muat ke, entri tah hapa2, atau entri macam ni pun nak kecoh...takpe, blog kita hak kita, kan...entri biasa2 tu lagi mulia dari entri memburuk2kan orang lain, melaga2kan dan menabur fitnah....Jadi seperti biasa mat akan kata berblog lah dengan gembira dan rasa senang hati....Tu saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap toskan
Taugeh secukupnya, buang ekor, siram dgn air panas dan toskan
Sup ayam secukupnya, resipi di sini
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng untuk hiasan
Sambal kicap atau cili jeruk
Tauhu, goreng dan hiris (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Letak mi kuning secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup (seelok2nya panas) bersama dengan isinya sekali. Letak taugeh dan tabur hirisan daun sup/daun bawang, tauhu goreng yang dihiris dan akhir sekali sambal kicap atau cili jeruk. Hidangkan segera selagi hangat....

Post a Comment

8 Comments

  1. Tak apalah tu Dik Mat...sedap aje Akak nampak makanan yang Mat sediakan....kalau kita rasa senang jer pun apa yang kita sediakan dan mungkin sestengah org rasa cam tak perlu kita siarkan..tapi ingatlah masih ada org baru yang fresh memerlukan pelajaran asas yang perlu di ajar dan dipelajari.may be jadi panduan buat org terdekat dalam keluarga kita sendiri....Selamat Berhujung Minggu Dik mat!

    ReplyDelete
  2. Akak setuju sangat dengan cakap Mat kerana akak pun berblog untuk mengisi masa lapang, daripada dok melopong, kan?
    N3 akak pun simple-simple aje dan akak tak peduli ada org nak singgah tengok ke tidak. Tapi akak sering juga berkunjung ke dapur Mat...hehehe

    ReplyDelete
  3. moga yang baik2 ayu doakan bt CMG

    salam pagi jumaat CMG

    ReplyDelete
  4. Assalam, morning jumaat Mat! Hehe.. Xpa laaa entry biasa2 pun, dah yg nak makan pun org biasa2 jek kaann..asal ada jek, Mat letak laaa, pasti ada mata yg menjeling masuk sini...mcm hakaaakkk...rasa nak duk bersila atas kosi jek...nk tumpang semangkuk..hehe

    ReplyDelete
  5. biasa ke...luar biasa ke...akak tetap masuk dapur u dik....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mat,
    sedap tu menu kat atas, pada akak semuanya tetap menyelerakan..walau masak biasa ke...luar biasa ke, ianya tetap rezeki dari Allah...kita patut mensyukuri atas nikmat yg di berikan..mmng betullah Mat, akak suka blog santai...tak suka yg perli2....perli2 tu orng yg takde keje,mereka2 ni susah hati tngk orng lain bahagia..tu yg dok wat n3 perli2 segala...akak wat n3 biasa2 je coz akak wat apa yg akak suka dan tak ganggu orng lain...terpulanglah pada pandangan masing2 menilai blog kita..

    ReplyDelete
  7. Yg ni ko kata biasa???? ishhhh bg aku mmg luar biasa, sbb klu aku bt mmg rasa dia kan jd luar biasa..kekekeke

    Matttttttttttt.... Rozen bila sampai???

    ReplyDelete
  8. Adik mat memang kreatif dan rajin memasak..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.