BEN ASHAARI

Monday, May 21, 2012

DONAT LABU......SEEDAAPPPPP!!..

rsz_dsc_9290
Donut labu?...erkk, mula2 tengok tu macam biasa2 saja. Tapi atas keinginan nak tau rasa dia macam mana, tu hari ma rembat lah sebiji labu manis di TESCO. Sekarang ni pun memang musim labu. Merata jual labu manis ni. Mat nampak Rima, blogger masakkan, buat donat labu yang sungguh comel di sini, jadi teringin nak buat juga, takpe kita kasi salin resipi dulu, nanti2 buat lah bila dah beli labu. Jadi bila labu dah ada, semalam projek pun bermula. Buat dia pun takde lah susah mana, labu tu kukus dulu kemudian dilecek halus (kalau anda nak rebus pun boleh). Mat guna mesin kek saja untuk mengadun, malas nak guna tangan, sebab tangan nak guna buat kerja lain pada masa yang sama, yelah kemudahan dah ada, elok kita menfaatkan sebaik mungkin yea dak?. Untuk resipi ni menghasilkan 15 - 16 biji donat bersaiz sederhana, ini bergantung pada saiz donut yang anda buat dan ketebalan doh yang anda canai sebelum diterap. Boleh dihias dengan coklat (huhu, coklat habis, jadi boleh sapu ciput je atas donat), ditabur gula halus atau dimakan togel macam tu (yang ni pilihan mat gebu, donat togel), tetap sedap. Resipi seperti dibawah dan terima kasih mat pada Rima sekali lagi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
1 1/2 camca teh instant yeast
100 gram labu manis, kukus hingga lembut dan dilecek halus
50 gram gula halus
1 1/2 camca besar mentega
1 kuning telur
1/2 camca teh garam
1 camca besar susu pekat
1 camca teh esen vanilla (yang ni mat tambah)
60 ml air
Coklat masakan, kekacang atau gula halus untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu mangkuk besar, satukan semua bahan diatas kecuali air dan bahan untuk hiasan. Gaul rata hingga sebati. Tuang sedikit air dan sambung mengaul hingga mendapat doh yang lembut dan elastik, pastikan tuang air sedikit2 dahulu. Kemudian rehatkan doh selama 15 - 20 minit.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tekan2 sedikit dan canai setebal 1cm, terap dengan acuan donat, letak atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan lagi untuk 20 - 25 minit.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian donat. Hias ikut kreativit anda samada  menggunakan coklat, kekacang atau gula halus. Boleh hidangkan.

6 comments:

Pka Rahim said...

arghhhh!! kita nak jugak. huk3.. :)

Citra NaniZam said...

wah sedapnya.. mang byk nampak labu kat mana2 skang ni boleh cubalah resepi ni nanti.. mang suka ngn donut

Mat Gebu said...

@ pka rahim - bolehh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

yang ada strawberry tu memang buat mata saya tergoda

Rozuan Ismail said...

comelnya donat.huhu

Cik Puan Izan❤ said...

donut labu pulak yer... boleh try ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.