BEN ASHAARI

Friday, May 18, 2012

CILI HIJAU JERUK PENAMBAH RASA.

rsz_dsc_8864
Cili menjadi pencetus rasa sebagai ulam dalam banyak makana orang kita. Paling popular untuk dimakan bersama kue teow goreng, mi kuning atau mi hoon, rangup je dengan rasa pedas2 manis masam dan sedikit menyengat. Juga sesuai untuk mi sup dan sebagainya. Selain jeruk cili padi, mat suka juga jeruk cili hijau. Lagi2 kalau ada cili hijau yang berlebih. Dari busuk macam tu saja, eloklah kita jerukkan. Hmm, takde resipi sangat dan untuk jeruk ni mat gunakan sepenuhnya cuka yang di tambah gula dan garam. Garam pun nak bagi imbang rasa saja, jangan banyak sangat, nanti tak sedap. Rasa sedikit manis dihujung gigitan tu amat penting untuk mengimbangkan rasa masam cuka. Sekali lagi cuka pilihan mat dah tentu lah JALEN. Bukan nak promot, tapi rasa dia memang kena dengan tekak mat gebu. Satu lagi produk Jalen ni kan produk tempatan...Resipi pun mat main agak2 saja, jadi anda kalau nak bikin pandai2 lah adjust ok.

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 - 100 gram cili hijau segar, cuci dan toskan
230 ml cuka makan (mat guna cuka JALEN)
3 -4 camca besar gula
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cili hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit, kemudian celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sejuk.
  2. Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit, toskan hingga betul2 kering. Isikan botol tadi dengan cili, biar padat. Tekan sedikit. Ketepikan.
  3. Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut. Tapis dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup tambah sedikit cuka lagi. Tutup dan biar di tempat teduh. 
  4. Lepas 4 - 5 jam anda boleh nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan anda. Pastikan sudu yang anda guna untuk mencedok cili, kering dan bersih. Ok tu saja, selamat mencuba!..

13 comments:

azril said...

Waaaaa...mcm best

ibundo said...

makan dengan kuetiau goreng, pergh...

Bicara Kak Noor said...

best ni cikmat boleh try buat cili jeruk sendiri tapi takut sedap sangat nanti makan pulak banyak bahaya tu...

Tak Pe Je said...

Emmm.. Yummmehh...!

shahlin said...
This comment has been removed by the author.
shahlin said...

ya ampun. suka giler mkn jeruk cili dengan mihun putih

Azura Mendezz said...

Huuu,,,lama dh suke tp xtau buat..
ni dh tau buat..yeayyyy!!macehh incik Mat!! =D

ROSE said...

saya skg x buka dah buku resepi cik mat...saya buka dapur tanpa sempadan saja tgk resepi.....

kakchik@ella said...

cili jeruk KC kureng sikit ick mat. tp kalau kicap cili api... meletopss arrh.

maznah said...

ibu suke aje yg pedas2 ni,dolu2 kl makan mee bandung mesti nak ada cili jeruk ni. tp sekarang dah kureng sikit, sebab bila usia dah meningkat 'remaja' ni perut ibu dah tak berapa tahan dengan pedas n cuka. tp tgk cili jeruk mat tu ibu jd kecor..

iizza said...

senang rupanya buat benda ni..pasni nk try buat la..suka makan jeruk ni..

Naufa Sweets Shoppe said...

walaupun di jeruk tapi tak tahan lama. satu family suka makan. buat satu tabung sekejap je habis. tak kire ngam mee ka, kuetiau ka, nasi putih pun jadik. chef yang buat pun tak sempat merasa. isk...

mommynana said...

Ooo gini buatnye yer. Tkiu cik mat..