BEN ASHAARI

Sunday, May 13, 2012

BAKE CHICKEN PASTA..

rsz_dsc_7843
Petang semua, assalammualaikum. Hari ni mat tak masak, tapi tiba2 macam nak memasak pulak, sebab apa tak masak?.. Sebab hari ni penduduk rumah pergi ke jemputan perkahwinan sedara mat di Pontian, seawal pagi mereka dah pergi. Pagi tadi mat cuma buatkan cekodok udang untuk bersarapan. Lepas tu buat sikit kerja2 rumah, lepas tu bermalas2 lah....jemu gak masak ni, bosan. Tapi kan mat ada satu gadget baru, tataulah bila nak cuba, tak sabar nihh, apa bendanya tu..kena lah tunggu ok. Petang tadi tiba2 terkebulur, mulalah cari2 apa yang ada dan boleh ditransformkan jadi benda makanan. Ada elbow pasta atau macaroni, pasta sauce, ada baki keju mozarella dan lain2 bahan serba sedikit, terus idea datang. Benda yang mat buat ni kalau anda perasan, blogger masakan Kak Ida 1001 Resipi kerap buat. Jadi ni idea dari blog dia lah, cuma mat guna apa bahan2 yang ada. Untuk resipi ni anda boleh makan 5 - 6 orang rasanya. Tadi mat makan 1/4 bahagian okeh...Ya Allah kebulurnya si mat tu...haha, ok lah kita semak resipi...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram pasta elbow atau apa2 jenis pilihan anda
100 gram daging ayam kisar*
1/2 camca teh serbuk ketumbar*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 inci halia, tumbuk halus*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 helai bay leaf
1 biji bawang besar sair sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 botol sos pasta "prego" (seperti gambar di bawah)
Lada hitam kisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa
Herba thyme kering, untuk ditabur
Parutan keju mozarella secukupnya

P1310211P1310212P1310219
CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta elbow dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada bungkusan pasta. Toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bay leaf, bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan daging ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak hingga daging ayam berubah warna. Masukkan cili merah, cili hijau dan sos pasta tadi. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah mix vege dan kacau rata. Masukkan pasta dan gaul rata. Perasakan dengan sedikit garam. gula dan serbuk lada hitam. 
  4. Masukkan juga 1/2 camca teh herba thyme kering, kacau dan masak hingga hampir kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam bekas yang telah dilenser dengan mentega (mat guna acuan Pyrex yang tahan panas tu). Tabur parutan keju mozarella rata2 atasnya dan tabur juga sedikit herba thyme dan lada hitam.
  5. Bakar pada suhu 190 selama 25 minit atau hingga permukaannya perang sedikit. Hidangkan samada panas atau suam (mat suka masa masih panas, keju yang bertali tu buat lebih teruja)..

7 comments:

norinaomar said...

macam makaroni bakar jugak lah ni,
tak sabar nak tunggu gadget tu di war warkan.Saya dah beli pemanggang ajaib(gara2 penangan cikMat juga ni)
cuma belum rasnikan aje.

resepi ni boleh guna pemanggang ajaib tu ke

ogyep yummy mellow said...

sedapp..sedapp. sedappp... buat minum petang..

Kjee said...

sedap. my fav. buat badan kembang. hehehe

Berry Biru Kraf said...

sedapnye eb nat..ni tangkap leleh ni..:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

makan panas2 sedapnye

Emma said...

sangat menarik!

Cik Puan Izan❤ said...

nampak sgt sedap... boleh buat perut jadi lapar balik...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.