APAM KAMPUNG YANG SUCI MURNI..

rsz_dsc_7592

Salam, sebelum tidur nak letak entri apam pulak. Mat buat pagi tadi, tapi malam baru letak. Buat tak banyak. Kadang orang Melayu kita ni kreatif, sekarang kalau perhatikan, pelbagai generasi apam yang ada, apam dot dot, apam mekar dan tah apa2 lagi, tapi semua sedap2. Lepas tu ada pula apam indonesia yang telah dipelbagaikan oleh mereka2 yang punya idea kreatif. Kalau kita perhatikan, memasak ni terutama membuat kuih muih dan kek, ialah satu hasil seni, bayangkan masa yang mereka habiskan untuk menghasilkan sebiji kek atau kuih muih yang cantik menawan sampai ada tu sampai sayang nak makan. Apa2 pun tahniah pada mereka2 semua..

rsz_dsc_7674
Apam kampung selain dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul sedikit garam, ia juga sesuai dimakan bersama sambal tumis. Serius, mat lagi suka makan dengan sambal tumis dari kelapa. Kalau ada kuah kari pun sedap. Mat kukus guna loyang bulat berukuran 8 inci, balut tutup kukus tu dengan kitchen towel, kalau guna kukus elektrik, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan , sebab tak nak wap air dia menitik. Bahan utamanya tepung gandum tapi mat tambah sedikit tepung beras sebagai pemangkin. Tu saja lah cerita pasal apam kampung yang suci murni ni....Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
75 gram gula perang @ soft brown sugar
1 cawan air
6 gram instant yeast
1/4 cawan air suam
Kelapa parut putih secukupnya + sedikit garam halus = gaul rata2
Sambal tumis (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan yeast dengan air suam, kacau rata dan biar sekejap hingga bebuih2 (tujuan nak bagi cepat  bancuhan apam tu naik). Satukan semua bahan lain kecuali kelapa parut dan sambal tumis, ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Kacau lagi hingga sebati.
  2. Leser tin bulat berukuran 8 inci (atau 9 inci) dengan minyak masak (mat guna marjerin), tuang adunan apam dan rehatkan 1 jam atau hingga naik. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit, atau bila diuji dengan mencucuk lidi sate pada apam dan keluarnya bersih, tanda dah masak.
  3. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan, potong dan hidangkan bersama kelapa parut dan sambal tumis....

Post a Comment

7 Comments

  1. tukar dgn roti kampung ayu ya..

    PS: sebenarnya tadi main teka jer cmg buat apam kampung, sekali tengok tajuk entry.. hahahahah.. betullah tekaan ayu

    ReplyDelete
  2. @ CR - buat pagi tadi ni, makan dengan sambal tumis...

    ReplyDelete
  3. Nak cuba che mat!!! my fav!! thnx for the recipe. Lap You!!

    ReplyDelete
  4. ya salamm... sedapnyer mat! aku nak buat jugak lah.... gler mengapam aku skrg nih... sbb tu skrg dah ber pam pam... hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Masa mak kita sakit kat spital BP, mak nak makan kuih apam kampung. Kita buat ikut resepi CMG....
    Jadi....mak suka, abah suka ....
    Skrg mak,dh sihat .
    Thanks CMG !

    ReplyDelete
  6. nak buat nanti..nk ikut resepi ni yer..tq

    ReplyDelete
  7. sedapnya che mat apam cicah dengan sambal tumis .... yummy .....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.