BEN ASHAARI

Sunday, April 15, 2012

SAMBAL TUMIS TAUHU IKAN BILIS.

rsz_dsc_3629
Sambal lagi, hmm tu jelah yang mampu dimasak untuk hari ini. Yang selebihnya santap saja lah apa yang ada. Siang tadi mat letak entri yang mudah2 saja kan, sup kentang dengan telur. Lepas tu ada baki tauhu dalam 2 keping, mat buat sambal tumis. Lagi pun penduduk rumah tak ramai, sikit pun dah ok. Ini cuma resipi2 biasa saja. Sama macam sambal tumis yang anda buat, lepas tu kita masukkan tauhu yang terlebih dahulu digoreng. Ikan bilis tu ada kita siap2 goreng garing dan masa nak makan, gaul rata dengan sambal. Kalau ada baki, tabur atas sambal sebelum menghidang. Sedap juga dimakan bersama bubur nasi. Resipi seperti dibawah, terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras atau taukwa, dadu besar2 (mat potong 6 untuk setiap sekeping)
1 genggam ikan bilis jenis kecil, rendam 1o minit dan toskan
2 - 3 camca besar jus asam jawa
1 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih (kalau besar, guna 1 sahaja)
2 keping hirisan nipis halia
1 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu digoreng, angkat dan tos. Goreng juga ikan bilis hingga garing, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan sos tomato dan jus asam jawa, kacau rata.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan tauhu goreng dan ikan bilis (tinggalkan sedikit untuk hiasan). Gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur baki ikan bilis sebelum dihidangkan...

12 comments:

ummi_norseha said...

sedapnye,,,,jln mlm2 blog dapur cr menu nk msk esok...hi3..tq 4 sharring...:)

kasihredha said...

bahan2 yg di gunakan simple..
akak suka yg simple2
cepat dimasak ..cepat di makan :)

Eny Yusnizar Abdullah said...

sedapnye !!! kalau tmbah Tempe pun boleh gak kan

zulfikar hazri said...

lapar pulak mat! telan air liur betul2 ni!

Sari Yusa Ibrahim said...

selalu juga saya buat sambal tumis tauhu cuma tak letak ikan bilis, lain kali boleh cuba resepi Cik Mat ni..

Amie said...

Selamat pagi Mat,
dua-dua bahan penuh khasiat.

Ummi said...

Waaaaaaaaaaahhhh aii liiikkeeeee....sempoiii tp gerenti 2 pinggan nasi licin...kijam tul ko Mat, tayang2 pepagi ni...dah la keroncong perut aiii.. x rela taauu..hehe *uikks apasaii tulisan resepi tu cam lain jer, sudaaah tukaaarrr kaaa?? (wat sore Accappan) hehe..

mas saari said...

favourite saya ni, hari2 makan pun takpe! hehehee

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waduhhh ikan bilis tu rasa macam nak ambik aje dari monitor ni.. kalau makan tu kompom rangup tu hehe

Mas Michiko said...

CMG ni mmg kreatif lar... bnda yg simple2 camni pon leh jd satu masakan yg sedap!

♥idha♥ said...

salam.mr.mat gebu,saya salin resepi2 kat blog nie boleh x?

N.E.E.N.Y. said...

Masakan En. Mat always menyelerakan.. I like...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.