rsz_dsc_3629
Sambal lagi, hmm tu jelah yang mampu dimasak untuk hari ini. Yang selebihnya santap saja lah apa yang ada. Siang tadi mat letak entri yang mudah2 saja kan, sup kentang dengan telur. Lepas tu ada baki tauhu dalam 2 keping, mat buat sambal tumis. Lagi pun penduduk rumah tak ramai, sikit pun dah ok. Ini cuma resipi2 biasa saja. Sama macam sambal tumis yang anda buat, lepas tu kita masukkan tauhu yang terlebih dahulu digoreng. Ikan bilis tu ada kita siap2 goreng garing dan masa nak makan, gaul rata dengan sambal. Kalau ada baki, tabur atas sambal sebelum menghidang. Sedap juga dimakan bersama bubur nasi. Resipi seperti dibawah, terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras atau taukwa, dadu besar2 (mat potong 6 untuk setiap sekeping)
1 genggam ikan bilis jenis kecil, rendam 1o minit dan toskan
2 - 3 camca besar jus asam jawa
1 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih (kalau besar, guna 1 sahaja)
2 keping hirisan nipis halia
1 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu digoreng, angkat dan tos. Goreng juga ikan bilis hingga garing, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan sos tomato dan jus asam jawa, kacau rata.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan tauhu goreng dan ikan bilis (tinggalkan sedikit untuk hiasan). Gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur baki ikan bilis sebelum dihidangkan...