BEN ASHAARI

Monday, April 2, 2012

KARI SARDINE DENGAN UBI KELADI.

rsz_dsc_1624
Sejukknyaaa cuaca, jadi masak pun agak kemalasan banget dehhh.. Tapi masak juga, yang mudah2. Apa yang mudah sangat tu?. Of coz lah kari sardine, tapi ni kali mat tak letak kentang, mat ganti dengan keladi, keladi Sarawak atau keladi telur. Kari sardine kali ini mat guna sedikit santan dalam 1/4 cawan, yang tu jika anda nak ganti dengan susu cair atau susu sejat pun boleh. Kalau tak nak pun boleh, ala2 kari india macam tu. Satu yang mat suka perihal kari sardine ni, selain anak2 pun suka, ia amat versatile, selain makan dengan nasi, sesuai juga sebagai pencicah roti, lempeng, roti jala atau pun roti prata. Ok tu saja..sebelum lihat resipi, jom baca entri pilihan DTS di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sardine bersaiz besar (4 ekor ikan), asingkan dari sosnya
1 ketul keladi sarawak, atau keladi telur, kupas, cuci, potong besar dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji tomato, belah 6
1 biji cili merah, belah dua
1 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari ikan (Baba's)
1/4 cawan pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris*
1 ulas bawang putih, hiris*
2 pelepah daun kari, dilurut*
1 camca teh halba campur*(*bahan2 tumis)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar, saiz sederhana
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan bahan tumbuk halus, kacau dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari (bancuh dengan sedikit air dan kacau hingga jadi pes), masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Kacau dan biar mendidik. Masukkan ikan sardine dan 2 - 3 camca besar sosnya. Bila mendidih, tambah keladi dan tuang santan pekat. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

9 comments:

Sunah Sakura said...

kari pulakkkkkkkkkkkkkk...sardin ape lagi? haha

ijam ismail said...

nyummmm
bw here

Junie Octovian said...

Adoyai Mat...nanti ku bawakan capati nak tumpang cepoh dengan kari sardine mu...hehehe

Sis-Lin said...

Kannnnnn sapa kata sardin tak boleh dipelbagaikan....
Lepas ni ko mmasak sardin asam pedas..mmg peberet aku 1 rumah..tp aku bt masukkan sekali sosnya, bru sedap kuah asam pedasnya..jhehehehehe

Hafizah Zainal Abidin said...

uncle mat..leyh tolong x ? tolong share link ni kat semua orang ??
http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/100001434058005
TERIMA KASIH YE.. :)

Citarasa Rinduan said...

betul tu cmg..
ayu setuju.. prata, roti jala, lempeng, ubi kayu.. pokoknya semuanya ngam dengan sardine..

aduhhhh.. kecur

akuanakpahang said...

Salam CMG, Best i like :)
http://akuanakpahang.blogspot.com/

Rozuan Ismail said...

kari sardin mmg boleh dimakan dgn macam2 kan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perghh...mau meleleh air liur tgk sardin ni