BEN ASHAARI

Friday, April 20, 2012

IKAN PANGGANG SAMBAL ALA THAI.

rsz_dsc_4371
Petang semua, ok tadi dalam entri lepas mat ada kata, mat ada masak satu menu lagi kan. Sebenarnya bukanlah apa, cuma ikan panggang tapi mat oles dengan sambal yang dimasak ala2 thai. Memasak ni perlu juga kreatif, cuma kreatif tu biarlah boleh dimakan. Pada mat memasak lauk pauk lebih mudah dari membuat kek atau manisan. Kalau kek kita kreatif tak kena gaya, kang rasa tak sedap, kek bantat dan macam2 karenah lagi lah. Lauk pauk lain, contoh kalau dalam rempah, ada bahan asas macam bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, ketumbar dan jintan...dah rasa ala2 satay atau tambah kunyit dan masak guna santan, dah seakan2 kari atau masak lemak yang kaya dengan rasa rempah ratus. Untuk resipi ni mat guna 2 ekor ikan kembong saiz besar, anda boleh juga ganti dengan ikan ayam, ikan cencaru atau ikan pari....Hmm, ikan pari masak apa sedap selain bakar dan asam pedas?...Jomm lah kita lihat resipi ciken dodol sangat....

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong atau ikan pilihan anda
1 kuntum bunga kantan
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa
1 camca besar sos tiram
1 helai daun limau purut, mayang halus, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Daun salad, untuk hiasan
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
5 biji cili padi
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 batang serai, hiris halus
Secubit belacan
2 helai daun limau purut, dikerat2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah sos tiram dan juga bunga kantan, terus memasak hingga sambal pekat dan terbit minyak, guna api kecil. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK IKAN PANGGANG :- Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Panaskan non-stick pan. Letak ikan tadi dan biar sekejap, tutup permukaan pan dengan tudung periuk, kalau guna kuali ajaib macam mat guna tu, tutup kuali. Biar dalam 1-2 minit.
  3. Kemudian oles sambal tadi atas ikan hingga rata, seperti dalam gambar. Tutup kuali dan biar sekejap. Berhati2 terbalikkan ikan tadi dan oles lagi dengan sambal pada bahagian satu lagi. Bakar hingga ikan masak. Tinggalkan sedikit sambal untuk hiasan.
  4. Bila ikan masak, alih ikan dalam bekas sesuai yang dialas dengan daun salad. Lebihan sambal tadi dilumur pada ikan. Tabur hirisan daun limau purut dan letak juga belahan limau kasturi. Hidangkan panas.....

2 comments:

Mas said...

tetiba jadi laparrrr......

Syairah Kamaruddin said...

Salam, ikan tu kene half cook dulu ke? Mcm sedap je. Nak cuba try test la nanti.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.