BEN ASHAARI

Sunday, April 8, 2012

BINGKA SUJI WARISAN.....

rsz_dsc_2520
Assalammualaikum, malam baru dapat bersiaran. Sebelum bercerita pasal resipi terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih atas kunjungan ukwah dari teman2 blogger. Syukur alhamdulillah atas ingatan anda semua, yelah, mat gebu bukan macam blogger2 lain, dia tu lebih memencilkan diri dan agak underground tapi tidaklah menolak kehadiran mereka2 yang sudi. Hari ini mat menerima kehadiran blogger Sis Linn dan anak beliau Amat, Sue Joshua, suami dan anak beliau dan juga En Azman dan isteri Puan Azlinda. Terima kasih...tu saja yang dapat mat gebu ucapkan dan minta maaf jika terkasar bahasa. Semalam pun mat menerima kehadiran tetamu, 2 hari lepas juga dan insya Allah esok ada lagi. Ok, jom kita bercerita pasal bingka suji warisan pulak...tapi bukan sini.....di bawah......

rsz_dsc_2550
Tempoh hari mat menerima kiriman email dari sesorang ni, dan dia dulu kenalan blog mat. Dalam email tersebut dia ada sertakan satu resipi bingka suji warisan dari arwah bonda beliau (al-fatihah) yang berasal dari Peserai Baru, Batu Pahat Johor dan arwah berniaga kuih ni dulu. Dari resipi warisan ini terkubur begitu saja, baik mat cuba dan letak di blog DTS, sekurang2nya boleh memberi manfaat pada orang lain. Serius sedap bingka suji ni, walaupun tidak menggunakan santan kelapa, dan diganti dengan susu, ia tetap mengekalkan rasa kuih bingka. Pada beliau terima kasih dan moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh bonda beliau......Ok kita lihat resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram suji @ semolina
140 gram gula halus
125 gram susu cair carnation (mat guna susu sejat Ideal)
100 gram susu pekat manis
80 gram tepung gandum
575 ml air
1 camca teh pewarna makanan lemon yellow
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
1/4 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
125 gram mentega
Bijan untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin 4 segi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti. Lenser juga aluminium foil tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur. Tuang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata. Tuang susu cair, air dan tambah pewarna lemon yellow. Kacau hingga sebati. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
  3. Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat. Padamkan api. Masukkan mentega dan esen vanilla. Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
  4. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata2 atasnya. Kalau nak tabur sedikit bijan hitam macam mat buat tu pun boleh. Bakar selama 45 - 50 minit. Kemudian bakar 5 - 7 minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi. Biar kuih betul2 sejuk, baru potong dan hidangkan..

13 comments:

Rohah said...

Salam Cik Mat,
Semalam sy baru je try Bingka Suji dr sumber AlongRoz yg cik Mat pun dah pernah membuatnye..ternyata sedap.Hari ni nampak bingka suji lagi, mmg tersahut lagi nampaknya nk cuba yg ni pulak..tq atas resepinya.

CitarasaKu said...

Salam En.Mat...saya memang suka dengan bingka suji nie selalu saya teringin nak buat tapi tak terbuat lagi..tapi setelah lihat bingka en.Mat buat saya terliur sangat..hihi mesti kena buat.

Rima said...

Salam CM
my mom memang suka bingka suji.. ty for the recipe.. will gv it a try someday..

Of cos there is only one and only blogger uncle yg sonia tau hehehe.. ty CM

nazia said...

Salam Cik Mat, terliur naz tengok kuih bingka nie.. Insya'Allah will try one day.. Thks for sharing :)

Hasmah MZ said...

Nampaknya kena cuba ni...tpg suji lebihan buat biskut ada lagi...bole la mulakan operasi esok... terima kasih di atas resepi yg dikongsi...

Nieza said...

Bingka suji memang sedap...nanti nk cuba resepi ni pula.. tq Cik Mat:)

Matjoe said...

mat, hang mai la hantaq sikit kat kami yg dok kl ni.

lazat kalau makan kueh ni pagi2

Sis Lin said...

As salam Mat..

Alhamdulilah....dapat juga rasa bingka suiji ni....mmg sedap, lembut dan rangup kulitnya klu dibakar kan...

Terima kasih Mat, yg sudi melayan kami last2 minit terjah..balik2 muka kita je ni dtg hahahahaa

Ko bkn kasar bahasa, kitaorg ni yg mintak maaf, habis hampir2 retak pinggan magkuk cawan ko, dek sebab kitaorg gelak smlm..hahahah adeiii tegang urat molottttt...

Terima kasih sekali lagi ye Mat..mudah2an murah rezki...Aamiinnn

Sari Yusa Ibrahim said...

Bila ada perkataan suji tu saya gerenti mesti sedap, kan..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak pernah rasa...kesina kan saya?tp saya leh agak rasanya mesti sesedap kek suji kan?lembut je....hurmm saya salin resepi ye cik mat

Faeez said...

CM, saya dah buat kuih ni utk berbuka tadi. Memang sedap.... Terima kasihlah kerana berkongsi. Selamat menjalankan ibadah puasa. Jgn lupa makan ubat. :)

Ruslina Baharum said...

CM sy dah cuba kek suji berkali2..sampai kwn sy kata kek paling sedap.awat tak ..sy tambah nuts dan walnut..depa dok sedap benda alah tu la..tak pa nnt sy nak try bengkang suji CM pulak.sy tambah minyak sapi sikit bagi bau semerbak nnt..apapun t kasih byk2 CM berkongsi resepi ni..

Farahiyah Bahuddin said...

Alhamdulillah dh try resepi no. Mmg sedap Sgt. Lemon color tu sy letak lemon paste. Sedap jugak. TQ mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.