BEN ASHAARI

Tuesday, April 17, 2012

ASAM PEDAS SARDINE....NOT BAD LAHH!!...

rsz_dsc_3907
Lepas masak sup ayam tadi, nak test asam pedas sardine pulak. Sahh ada yang kata, si mat tu masak kus smangat. Haha jangan tatau ada orang makan ayam, ada yang tak makan dan ada yang suka sup ada yang tak. Nasib baik aku tak masak sup buaya ke, tak pun sup rimau (erkk marah Kak Ummi Kuantan, ewahh Kak Ummi, kan main dengan tart telur dia...takpe aiman tak kesahh!!), dulu masa mat tanya sardine nak masak apa eks sedap di wall FB, ramai yang komen dan bagi macam2 idea, tomyam sardine dah pun mat buat kat sini, kari dah selalu, ok kali ni kita test asam pedas pulak. Lain kali nak try masak lemak cili padi sardine tempoyak dengan belimbing. Untuk asam pedas ni mat lebihkan halia. Serai, bunga kantan dan daun kesom juga mat tambah. Anda pun sedia maklumlah, sardine dalam tin ni ada kala kuat baunya. Ok, kita semak resipi mudah ni....Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sardine saiz besar (mat guna jenama "Pertima", ada 4 ekor ikan)
1 gengga daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan
1/2 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan lengkuas, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan), biar mendidih dan masukkan jus asam jawa.
  2. Tambah daun kesom dan ikan sardine dan 2 camca besar sos ikan sardine tadi. Masak dengan api sederhana, masukkan tomato. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti....Selamat mencuba!!

14 comments:

Sis Lin said...

Perghhh asam pedas sardine mmg sedappppppp..anak2 aku sukeeeee, nnti esok x habis, ko bt lemping, cecah makan pekat2 kuah diaaa..adeiii terangkat kening seyyyyyyy :)

Eyriqazz said...

nyam3...sentiasa menggiurkan....

Ryo Azhar said...

nasib baek ryo x makan ayam kampung....hehehe...leh tahan iman lg

kasihredha said...

kena try ni
akak x pernah makan lagi sardine masak asam.
Nampak sedappp sgt

zila 4ever said...

salam c.mat..pestime dgor nie..kita nie pencinta tegarr..sadin..suka ada resepi baru mgnai sadin nie..nk menerai nnt..thnkss..

ishy77 said...

sardin masak lemak cili padi+kangkung/pucuk ubi..fuhh..sardin buat macam mana pun sedap..

aizuraawang said...

Boleh try nii... Good idea ;-)

mademoiselle ten said...

saya pun dh beralih ke Sardin pertima... lebih murah dr cap ayam , dan yg paling penting tak hanyir sardin dia pun lebih kental.. beli yg cekik darah tp tak sedap pun buat apa kan

Jaja said...

Jaja dah selalu buat asam pedas sardin ni kalau xde ikan fresh... kari, sambal, asam pedas, sup ok boleh guna sardin tin... tapi kalau masak lemak, rasanya tak berapa ok...bau sardin kuat... Jaja dah try... dan mungkin ada yg terkurang atau matching lari kot masa masak sbb Jaja campur sayur maman... Pandai2 test n error... hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

assalamualaikum CM..saya dtg bw pinggan

maszull said...

assalamualaikum cik mat...wah nampak sedap je kena cuba buat kalau mcm ni baru tahu rasanya kan...:)

Ummi said...

Huh, aaaii x main laaa tart dengan sardin...dengan telor baru best....hahahhahaha.. Adeeeii tiba2 mcm mengidam asam pedas sardin lak Mat..hehe

Anis's Journal said...

salam..nak mintak izin copy resepi..tq2 very much.

Anis's Journal said...

salam..nak mintak izin copy resepi..tq2 very much.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.