BEN ASHAARI

Tuesday, March 27, 2012

TOMYAM SARDINE...JANGAN TAK CAYA!

rsz_dsc_0431
Assalammualaikum, selamat tengah hari. Hari ni mat masak Tomyam Sardine...ha ahh sardine dalam tin tuu. Semalam kat FB, tiba2 berbangkit kesah sardine, bila mana Sunah cerita pasal Sardine, dan Kak Yatie pulak kebetulan nak up entri pasal sardine diblog dia. Dan mat memang plan nak masak sardine hari ni, Puan Azila pun merancang nak masak sardine juga...Dah macam hari sardine sedunia....betul tak. Dalam banyak2 yang beri cadangan tu, mat terbekenan lah dengan cadangan sorang teman FB, nama dia Salmie Yana Mat Nor yang bagi komen kata kawan dia orang siam pernah buat tomyam guna ikan sardine dalam tin. Menarik tu, mat pun memang suka yang pedas2, masam2, dan beraroma. Maka dengan gigihnya pagi ni mat buat dan sungguh tidak menghampakan. Sedapppp, nak2 ada cili padi yang diketuk. Untuk resipi ni mat guna dalam 3 camca besar sos sardine, tak ambik semua. Resipi macam ni boleh lah dianggap salah satu cara kita mempelbagaikan cara memasak sardine. Kalau dah bersedia, kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (kurang lebih 4 ekor ikan)
2 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
3 helai daun lima purut
10 biji cili padi thai, belah dua setiap satu
2 biji jus limau kasturi, perah jusnya
1 kiub ikan bilis (optional)
1 pokok daun ketumbar (cuci dengan akarnya sekali)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Sos ikan secukup rasa
Secubit gula

BAHAN-BAHAN SAYURAN :-)
Sebesar penumbuk, bunga kobis, potong sekuntum2
3 biji cendawan butang segar, hiris
1 batang saderi, hiris sederhana tebal
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, potong ikut suka
10 tangkai sweet pea
1 biji bawang besar, belah 6
1 biji tomato, dadu besar2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi hingga harum. Masukkan pes tomyam, dan masak sekejap.Tuang air secukupnya (dalam 3 cawan). Kacau dan masukkan kiub ikan bilis, jika guna. Biar mendidih.
  2. Tambah lobak merah, saderi, bawang besar dan bunga kobis. Bila lembut sedikit, masukkan daun limau purut, pokok ketumbar dan juga ikan sardine. Tambah juga 3 camca besar sos sardine tadi. Kacau perlahan. Biar mendidih dengan api sederhana. Jika kurang kuah, boleh tambah air.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa (jika perlu), sedikit gula dan jus limau kasturi. Akhir sekali masukkan tomato, cendawan dan sweet pea. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

25 comments:

mas saari said...

wah, menarik ni!
harus cuba weekend ni..hehehee

azila said...

salam en.mat..zla pon bersardin ni hari.hehhe...tp buat yg simple jer..sbb kekurangan bahan dirumah, nak ke pasar malas..heheh

aDisH.sHidA said...

ada lagi sardin kat umah tu...2 ekor tersadai dlm tin...erm kalau buat mesti hirup kuahnya lebih....

telan air liur menengok gambo nie..

Citarasa Rinduan said...

sabtu dna ahad ayu buat sambal sardin... kebetulan layan dengan lempeng..

aduhhhhh.. versi nie nampak menyelerakan..
thanks cmg

Rapunzel Cikilolo said...

sedap ke? pelik la...

kakchik@ella said...

Kakchik pagi ni sambal tumis sardin cik mat. tomyam sardin tk penah cuba. hehehe.

Qasey Honey said...

memang xpecaye...sardin bleh dimasak gitu...teruja pula nk mcuba ni nti...nmpk sedap sgt...mmg suka mkn tomyam ponggg...

STAR Q said...

salam CMG. sbnrnya sardin adlh makanan dlm tin yg sgt 'versatile'. masa kecil2 dulu, teringkat arwah mak sy selalu masak sardin. tp tip kali masak berbeza2 masakan. nnt la. klu ada masa sy pulak buat entri kat blog sy! hehe! Thanks for the idea :-)

maszull said...

assalamualaikum cik mat...wah resipi baru ni x pernah cuba lg nanti boleh la cuba memasaknya...:)

qishi okawa said...

1st time ni tgk resepi nih..harus di cuba nih...ngeh3...

Dhila Rozi said...

wow! 1st time dengar.. slalu kalau nak dengar pun sardin masak kari je.. ini dibikin tomyam? [tgh imagine rasanya]

tingat dulu zaman student, kebetulan kes sebilik ramai2 buli my kazen, suh dia masak.. elok je mula tu masak sardin sambal cam biasa, tetiba dipecahkan telur masuk! ramai2 kecoh takut tak sedap, ropanya tak ckup pulak!! hahaha.. nak plak layan ngan nasik panas2...

ogyep yummy mellow said...

Isshh Isshh Isssh... apa pulak tak caye... mesti caye punya... kan kita bikin dia, bukan dia bikin kita.. Sedappp..

Sari Yusa Ibrahim said...

dua tiga kali gosok bijik mata tengok ada sardin dalam tomyam...

yuyu Zulaikha said...

yaiyyyy! nak cubaaaaaaaaaaaaaaaaa ^^

Mas said...

menarik....
mas pun tak pernah buat...
boleh try nnti...

Yatie said...

tu dia bila Che Mat menyardin...he3...terliurlah pulak di buatnya..smlm dah masak sardin..tunggu minggu depanlah baru masak tomyam sardin ni..sesuatu yg baru kan....tq Che Mat berkongsi resepi....kalau boleh nak gak tngk menu Zla berkaitan sardin arini..he3..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

kreatifnya cik mat nie =)

O'gosh said...

wah...boleh try ni....dah kekeringan idea dah asik masak sadin cara yang sama je...tq cik mat...

Jaja said...

tomyam sardin belum penah buat... tapi penah buat asam pedas sardin... masa tu malas nk g market beli ikan... hehehe

Sis-Lin said...

As salam Mat...

Mmg pelik pelik.tp benar jgk ek, sardine boleh dibuat masak tomyam..ermmm nnti nk try jgk laaa :)

Sunah Sakura said...

ehem....buat jugak...

Selera Sakura: Tomyam Sardin Jugak!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perghhh sardin wat tomyam.ternganga saya.hebat!

Ruz Rais said...

sedapnyerr.....tetiba rasa lapaq la pulok tgk resepi ni...

Myra Jay said...

1st time dengar tomyam sardin, terus meliur ha ;)

Nasriah said...

salam cik mat..mohon share..tq..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.