BEN ASHAARI

Saturday, March 17, 2012

URAP PEGAGA DAUN CEKUR

Urap pegaga cekur
Entri malam ni mat nak share urap pegaga daun cekur. Rasanya dah selalu juga letak resipi urap ni di blog DTS. Ada yang tanya, apa beza antara urap dengan kerabu?. Sebenarnya ia tidak banyak sangat perbezaan tapi masih ada juga kelainan dari segi rasa. Kerabu selalunya kita guna ulam2man atau buah2an yang digaul bersama makanan laut samada udang, sotong atau isi ikan dan juga daging ayam atau daging lembu, kemudian di tambah perasa dan ada juga yang meletak kelapa yang digoreng perang atau pun kerisik. Urap pula lebih kepada ulaman seperti pucuk ubi, taugeh, daun turi, daun selom, pucuk paku dan lain2 lagi yang digaul bersama kelapa parut mentah yang telah terlebih dahulu digaul dengan bahan2 perencah seperti udang kering, ikan bilis dan lain2 lagi. Kemudian ada urap yang digoreng tanpa minyak untuk seminit dua. Anda juga boleh mengabungkan beberapa jenis ulam untuk dijadikan urap. Boleh juga ditambah isi ikan kembong yang dibakar atau digoreng. Jika suka pedas cili padi juga boleh ditumbuk bersama rencah2 untuk urap tadi.....Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Daun pegaga secukupnya
5 -6 helai daun cekur, pilih yang lembut
1 1/4 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa berkulit basah)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
8 biji cili padi (optional)
3/4 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar udang kering, rendam dalam air panas, toskan
2 inci isi cekur
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pegaga diasingkan dari akarnya, kemudian hiris daun dan juga tangkainya. Daun cekur juga dihiris halus. Ketepikan.
  2. Gaul kelapa parut tadi bersama bahan2 tumbuk halus hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kemudian masukkan daun pegaga dan juga daun cekur, gaul hingga semua rata.
  3. Panaskan kuali dan masukkan no.2, goreng tanpa minyak untuk 1 - 2 minit. Angkat dan boleh hidangkan.

6 comments:

Citarasa Rinduan said...

wah..bau daun cekur sampai sini.. lapor.....
hehehhee

ibh said...

Ok faham dah beza urap dan kerabu. Heeee. . Tq CM

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

sedapnyeee...suka pegaga!

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

sedapnyeee...suka pegaga!

The Black Jubah said...

Apa pendapat Mat kalau tiap-tiap hari makan urap dan kerabu sahaja...boleh sihat tak? Mat ada tak resipi sos cicah ikan bakar yang favourite?

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Ni semalam aku bgtau Mak aku, klu nk respi urap pegaga bukak blog ko, ko bru masukkan, sebab hrtu dia tanya aku cmne aku bt urap..hehehehe

Klu aku ni, habis diratah aje.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.