BEN ASHAARI

Friday, March 9, 2012

KARI KEPALA IKAN ALA INDIA

kari kepala ikan ala india
Petang semua....hari ni masak kari kepala ikan, kalau budak tak elok lah makan, kalau budak2 tua rasa mat takpe, dah boleh. Mat guna ikan tenggiri, tapi ada gak letak kepingan dua daging ikan tenggiri. Kari ni tanpa santan, dan mat tumis rempah dia pun guna minyak zaitun. Tapi bukan minyak zaitun dara sunti, jenis minyak zaitun biasa. Nak letak bendi, takde, nak letak terung pun takde, yang ada tomato saja, bolehh lahh. Lepas tu cili hijau dan merah pun mat lupa letak..ishh tah apa yang aku ingat pun tatau lah, macam blurr je pemikiran nih. Tapi apa2 hal sekali pun kari ikan ini tetap sedap, dan boleh juga dilawankan dengan roti canai, lempeng pekak, roti bai atau nasi putih, semua ok. Selain ikan tenggiri, ikan merah, ikan mayong dan ikan pari pun sedap dimasak kari. Ikan sembilang pun sedap. Kalau anda suka santan, boleh saja nak tambah dalam 1/2 cawan, bagi dia rasa lemak2 manja....Ok kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan tenggiri bersaiz besar, belah 2
3 keping isi ikan tenggiri
2 biji tomato, dibelah 4 setiap sebiji
1 camca besar cili kisar
3 1/2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

BAHAN TUMIS :-)
1 camca teh penuh halba campur
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba campur hingga harum, masukkan daun kari, bawang merah hiris dan bawang putih hiris. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Sementara itu bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk, masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.Tuang air secukupnya dan kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan juga asam gelugor. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

4 comments:

X Lupa Dot Com said...

wow... shedapnya....TQ

Mas said...

perhh..cicah ngan roti...
sedappp tuuu....

ogyep yummy mellow said...

CMG & ogyep mcm ada chemistry la.. ogyep pun baru semalam masak kari kepala ikan tenggiri. tapi nyonya style gitu... tapi x post n3 lagi cos masih cari idea nak mengarng.. pas ni nak cuba kari india style pulak ya..

Detective A said...

percaya atau tidak. saya dah boleh bau aroma kari tu... dengan biji sawi tu... ahhhhhh~~~ insyaallah nnti saya nak cuba masak kari ni! asyik tahu makan je.. syukran! :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.